Sony Xperia L - Menonton video dalam aplikasi Filem

background image

Menonton video dalam aplikasi Filem

Gunakan aplikasi Filem untuk memainkan filem dan kandungan video lain yang telah

anda simpan atau muat turun ke telefon anda. Aplikasi Filem membantu anda

mendapatkan seni poster, ringkasan plot, maklumat genre dan butiran pengarah untuk

setiap filem juga. Anda turut dapat memainkan filem anda pada peranti lain yang

bersambung kepada rangkaian yang sama.

Video yang dirakam menggunakan kamera peranti anda dipaparkan dalam aplikasi Album,

bukan dalam aplikasi Filem.

Sesetengah fail video mungkin tidak dapat dimainkan dalam aplikasi Filem.

Gambaran Keseluruhan Filem

1

Buka aplikasi Video Unlimited

2

Lihat pilihan menu

3

Ketik untuk memainkan video yang paling baru ditonton

4

Semak imbas semua video yang dimuat turun atau disimpan ke peranti anda

5

Ketik untuk memainkan fail video yang disimpan atau dimuat turun

6

Ketik untuk melihat semua video dalam Video Unlimited

7

Ketik untuk melihat butiran video dalam Video Unlimited

Sony Entertainment Network dengan Video Unlimited dan Music Unlimited tidak tersedia

dalam setiap pasaran. Langganan yang berasingan diperlukan. Terma dan syarat tambahan

dikenakan.

Untuk memainkan video dalam Filem

1

Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik Filem.

2

Cari dan ketik video yang hendak dimainkan. Jika video tidak dipaparkan pada

skrin, ketik Semua dalam tab Koleksi Saya, kemudian cari dan ketik video yang

ingin anda mainkan.

3

Untuk memaparkan atau menyembunyikan kawalan, ketik skrin.

4

Untuk menjedakan main, ketik . Untuk menyambung semula main, ketik .

5

Untuk memutar balik, seret penanda bar kemajuan ke kiri. Untuk memaju pantas,

seret penanda bar kemajuan ke kanan.

85

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk memainkan video dalam mod skrin penuh

1

Apabila video dimainkan, ketik skrin untuk memaparkan kawalan.

2

Ketik .

Anda hanya boleh beralih ke mod skrin penuh jika video tidak dimainkan dalam mod skrin

penuh. Untuk memainkan video dalam saiz asalnya, ketik .

Untuk memainkan filem pada peranti luaran

1

Apabila video dimainkan, ketik skrin untuk memaparkan semua kawalan.

2

Ketik > Throw.

3

Pilih peranti luaran untuk memainkan video. Jika tiada peranti luaran tersedia, ikut

arahan pada skrin untuk menambahkan peranti.

Untuk menukar tetapan dalam Filem

1

Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik Filem.

2

Ketik , kemudian tukar tetapan seperti yang diingini.

Untuk menukar tetapan bunyi semasa video dimainkan

1

Semasa video sedang dimainkan, ketik skrin untuk memaparkan kawalan.

2

Ketik , kemudian ketik Tetapan bunyi.

3

Tandakan kotak semak untuk seting bunyi yang anda mahu aktifkan.

4

Setelah anda selesai, ketik OK.

Untuk berkongsi video

1

Apabila video dimainkan, ketik , kemudian ketik Kongsi.

2

Dalam menu yang dibuka, ketik aplikasi yang anda mahu gunakan untuk

berkongsi video yang dipilih kemudian ikut langkah yang relevan untuk

menghantarnya.