Sony Xperia L - Menguruskan kandungan video

background image

Menguruskan kandungan video

Untuk mendapatkan maklumat filem secara manual

1

Pastikan peranti anda mempunyai sambungan data yang aktif.

2

Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik Filem.

3

Ketik Semua dalam tab Koleksi Saya untuk menyemak imbas imej kecil fail yang

hendak didapatkan maklumatnya.

4

Sentuh dan tahan imej kecil video, kemudian ketik Carian maklumat.

5

Jika digesa, benarkan peranti anda memuat turun butiran video menggunakan

sambungan data mudah alih anda.

6

Dalam medan carian, masukkan kata kunci untuk video, kemudian ketik kekunci

sahkan pada papan kekunci. Semua padanan dipaparkan dalam senarai.

7

Pilih hasil carian, kemudian ketik Selesai. Muat turun maklumat bermula.

Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai video yang baru ditambah secara automatik

setiap kali aplikasi Filem dibuka jika anda menandakan kotak semak Dapatkan butiran video

di bawah Tetapan. Caj penghantaran data mungkin dikenakan.

Jika maklumat yang dimuat turun salah, cari sekali lagi menggunakan kata kunci yang

berbeza.

Untuk mengosongkan maklumat mengenai video

1

Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik Filem.

2

Ketik Semua dalam tab Koleksi Saya untuk menyemak imbas video yang hendak

disunting.

3

Sentuh dan tahan imej kecil video, kemudian ketik Kosongkan maklumat.

Untuk memadamkan video

1

Dari skrin Utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik Filem.

2

Ketik Semua dalam tab Koleksi Saya untuk menyemak imbas video yang hendak

dipadamkan.

3

Sentuh dan tahan gambar kecil video, kemudian ketik Padam daripada senarai

yang kelihatan.

4

Ketik Padam sekali lagi untuk mengesahkan.