Sony Xperia L - Mengemas kini peranti anda

background image

Mengemas kini peranti anda

Kemas kini peranti anda kepada versi perisian terkini untuk mendapat prestasi yang

optimum dan penambahan terkini.

Anda boleh menggunakan aplikasi pusat Kemas Kini pada peranti anda untuk

menjalankan kemas kini wayarles atau anda boleh menggunakan aplikasi PC Companion

pada komputer untuk menjalankan kemas kini menggunakan sambungan kabel USB.

Jika anda mengemas kini secara wayarles, maka anda boleh menggunakan rangkaian
mudah alih ataupun sambungan rangkaian Wi-Fi

®

. Cuma pastikan anda membuat

sandaran dan menyimpan semua data yang disimpan pada peranti anda sebelum anda

mengemas kini.

Apabila anda menjalankan kemas kini menggunakan aplikasi pusat Kemas Kini, sambungan

data diwujudkan dan bayaran berkaitan mungkin dikenakan. Juga, ketersediaan kemas kini

melalui rangkaian mudah alih bergantung pada pengendali anda. Hubungi pengendali

rangkaian anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Mengemas kini peranti anda secara wayarles

Gunakan aplikasi pusat Kemas Kini untuk mengemas kini peranti anda secara wayarles.

Anda boleh memuat turun kemas kini perisian secara manual atau anda boleh

membenarkan perkhidmatan Kemas Kini untuk mengemas kini peranti anda secara

automatik apabila muat turun tersedia pada bila-bila masa. Apabila ciri kemas kini

automatik diaktifkan, pemberitahuan muncul dalam bar status setiap kali kemas kini

tersedia.

Untuk memuat turun kemas kini perisian secara manual daripada pusat Kemas

Kini

1

Daripada skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Pusat Kemas Kini.

3

Pilih kemas kini aplikasi atau sistem yang diingini dan ketik Muat turun atau ketik

K/kni sma untuk memuat turun semua kemas kini aplikasi.

Kemas kini aplikasi dilancarkan secara automatik selepas muat turun. Dengan kemas kini

sistem, tunggu peranti anda dimulakan semula kemudian pasang kemas kini secara manual.

Anda mungkin dikenakan caj sambungan data apabila memuat turun kemas kini melalui

rangkaian mudah alih.

Untuk mengaktifkan kemas kini perisian automatik menggunakan aplikasi Pusat

Kemas Kini

1

Daripada skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Pusat Kemas Kini.

3

Tekan , kemudian ketik Tetapan.

4

Tandakan kotak semakan Benarkan muat turun automatik, kemudian, ketik

Setuju. Kemas kini dimuat turun secara automatik sebaik sahaja ia tersedia.

Anda mungkin dikenakan caj sambungan data apabila memuat turun kemas kini melalui

rangkaian mudah alih.

Untuk memasang kemas kini sistem

1

Dari skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Pusat Kemas Kini.

3

Pilih kemas kini sistem yang anda ingin pasang, kemudian, ketuk Pasang.

Mengemas kini peranti anda menggunakan sambungan kabel USB

Sesetengah kemas kini tidak tersedia untuk dimuat turun secara wayarles.

Pemberitahuan kelihatan dalam bar status untuk memaklumkan anda mengenai kemas

113

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

kini tersebut. Untuk memuat turun dan menjalankan kemas kini, anda memerlukan kabel

USB dan komputer yang menjalankan aplikasi PC Companion. Anda boleh memasang

PC Companion pada komputer menggunakan fail pemasangan yang disimpan pada

peranti anda atau anda boleh memuat turun aplikasi secara terus daripada

PC Companion.

Untuk memuat turun aplikasi PC Companion daripada peranti anda

1

Sambungkan peranti anda kepada komputer menggunakan kabel USB.

2

Apabila digesa, ikut arahan dalam peranti anda untuk melancarkan pemasangan

PC Companion pada komputer.

PC Companion juga boleh dimuat turun dari PC Companion.

Untuk memuat turun kemas kini perisian menggunakan sambungan kabel USB

1

Pasang aplikasi PC Companion pada komputer yang anda gunakan, jika ia belum

dipasang.

2

Sambungkan peranti anda pada komputer menggunakan kabel USB.

3

Komputer: Lancarkan aplikasi PC Companion. Selepas beberapa ketika, PC

Companion mengesan peranti anda dan mencari perisian baru untuknya.

4

Peranti: Apabila pemberitahuan kelihatan dalam bar status, ikuti arahan pada

paparan untuk melakukan kemas kini perisian berkaitan.

Untuk mengemas kini peranti anda menggunakan komputer Apple® Mac®

1

Pasang aplikasi Sony™ Bridge untuk Mac pada komputer Apple

®

Mac

®

yang

anda sedang gunakan, jika ia belum lagi dipasangkan.

2

Menggunakan kabel USB, sambungkan peranti anda kepada komputer Apple

®

Mac

®

.

3

Komputer: Lancarkan aplikasi Sony™ Bridge untuk Mac. Selepas beberapa

ketika, aplikasi Sony™ Bridge untuk Mac mengesan peranti anda dan mencari

perisian baru untuknya.

4

Komputer: Jika kemas kini perisian baru dikesan, tetingkap pop timbul akan

kelihatan. Ikuti arahan pada paparan untuk melaksanakan kemas kini perisian

berkaitan.

Aplikasi Sony™ Bridge untuk Mac boleh dimuat turun dari Bridge for mac.