Mencari peranti anda
Terdapat beberapa cara untuk mencari dan melindungi peranti anda jika anda
kehilangannya. Menggunakan perkhidmatan “my Xperia”, anda boleh:
•
Mencari peranti anda pada peta.
•
Membunyikan amaran yang akan berfungsi walaupun jika peranti berada dalam mod
senyap.
•
Mengunci peranti dari jauh dan memaparkan maklumat hubungan anda padanya.
•
Memadam bersih dari jauh ingatan dalaman dan luaran pada peranti sebagai jalan
terakhir.
Sebelum menggunakan perkhidmatan “my Xperia”, anda harus mengaktifkannya pada
peranti anda. Selepas perkhidmatan diaktifkan, anda hanya perlu pergi ke
118
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
myxperia.sonymobile.com dan mendaftar masuk menggunakan akaun Google™ yang
telah anda sediakan pada peranti anda.
Perkhidmatan “my Xperia” mungkin tidak tersedia di semua negara/rantau.
Untuk mengaktifkan perkhidmatan “Xperia saya”
1
Seret bar status ke bawah, kemudian ketik .
2
Ketik Xperia™ > MyXperia™ > Aktifkan.
3
Tandakan kotak pilihan, kemudian ketik Terima.