Menggunakan saluran radio kegemaran anda
Anda boleh menyimpan saluran radio yang kerap anda dengari sebagai kegemaran.
Dengan menggunakan kegemaran anda boleh kembali dengan pantas ke saluran radio.
Untuk menyimpan saluran sebagai kegemaran
1
Apabila radio dibuka, navigasi ke saluran yang anda ingin simpankan sebagai
kegemaran.
2
Ketik .
3
Masukkan nama dan pilih warna untuk saluran, kemudian tekan Simpan.
Untuk mengalih saluran sebagai kegemaran
1
Apabila radio dibuka, navigasi ke saluran yang anda ingin alih keluar.
2
Ketik , kemudian ketik Padam.
Membuat carian baru untuk saluran radio
Sekiranya anda telah berpindah ke lokasi baru atau penerimaan menjadi bertambah baik
di lokasi semasa anda, anda boleh mulakan pengimbasan baru untuk saluran radio.
Sebarang kegemaran yang telah anda simpan tidak akan terjejas oleh pengimbasan baru.
Untuk memulakan carian baru untuk saluran radio
1
Apabila radio terbuka, tekan .
2
Ketik Cari saluran. Radio mengimbas seluruh jalur frekuensi, dan semua saluran
yang tersedia dipaparkan.