Mengenai radio FM
Radio FM dalam peranti anda berfungsi seperti mana-mana radio FM lain. Contohnya,
anda boleh menyemak imbas dan mendengar stesen radio FM dan menyimpannya
sebagai kegemaran. Anda perlu menyambungkan headset atau fon kepala kepada
peranti anda sebelum anda dapat menggunakan radio. Hal ini disebabkan headset atau
fon kepala itu bertindak sebagai antena. Selepas salah satu peranti ini disambungkan,
anda kemudiannya boleh menukar bunyi radio ke speaker, jika diingini.
Apabila anda menghidupkan radio FM, saluran yang tersedia dipaparkan secara automatik.
Sekiranya saluran mempunyai maklumat RDS, maklumat tersebut muncul beberapa saat
selepas anda mula mendengar saluran itu.
Untuk memulakan radio FM
1
Sambungkan headset atau set fon kepala ke peranti anda.
2
Dari Skrin utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik Radio FM . Saluran yang tersedia muncul apabila anda menatal
melalui jalur frekuensi.
Apabila anda memulakan radio FM, saluran tersedia kelihatan secara automatik. Sekiranya
saluran mempunyai maklumat RDS, maklumat tersebut kelihatan beberapa saat selepas anda
mula mendengar saluran itu.
Untuk beralih antara saluran radio
•
Kuis jari anda ke kiri atau ke kanan di sepanjang jalur frekuensi.
•
Seret dail penalaan ke kanan atau ke kiri.
Untuk memilih rantau radio
1
Apabila radio terbuka, tekan .
2
Ketik Tetapkan kawasan radio.
3
Pilih pilihan.
Untuk melaraskan pentampak
1
Apabila radio dibuka, ketik .
2
Ketik Penampak.
3
Pilih pilihan.
Gambaran keseluruhan radio FM
1
Butang hidup/mati radio
2
Lihat pilihan menu
3
Naikkan jalur frekuensi untuk mencari saluran
64
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
4
Saluran kegemaran yang disimpan
5
Turunkan jalur frekuensi untuk mencari saluran
6
Dail penala
7
Simpan atau alih keluar saluran sebagai kegemaran
8
Frekuensi talaan