Sony Xperia L - Menggunakan GPS

background image

Menggunakan GPS

Peranti anda mempunyai penerima GPS (Sistem Kedudukan Sejagat) yang

menggunakan isyarat satelit untuk mengira lokasi anda. Peranti anda turut menyokong

GLONASS (Sistem Satelit Navigasi Global). Kedua-dua sistem boleh saling melengkapi

dan mengganti satu sama lain, jika perlu, untuk memastikan ketepatan penentuan

kedudukan dan pengalaman navigasi yang lancar. Apabila anda dayakan GPS, sistem

GLONASS juga didayakan secara automatik.

Apabila anda menggunakan ciri yang memerlukan penerima GPS dan GLONASS mencari

lokasi anda, pastikan anda berada di tempat yang tidak terhalang.

Untuk mendayakan GPS

1

Seret bar status ke bawah, kemudian ketik .

2

Ketik Perkhidmatan lokasi.

3

Seret penggelangsar di sebelah Akses kepada lokasi saya ke kanan.

4

Ketik Setuju untuk sahkan.

Apabila anda dayakan GPS, sistem GLONASS didayakan secara automatik.

Mendapatkan prestasi terbaik

Pada kali pertama anda menggunakan GPS, ia boleh mengambil masa 5 hingga 10 minit

untuk lokasi anda ditemui. Untuk membantu carian, pastikan anda mempunyai

pandangan langit yang jelas. Berdiri tegak dan jangan lindungi antena GPS (kawasan

yang diserlahkan dalam imej). Isyarat GPS boleh melepasti awan dan plastik, tetapi, tidak

107

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

melalui objek pejal seperti bangunan dan gunung. Jika lokasi anda tidak dijumpai selepas

beberapa minit, bergerak ke lokasi lain.