Google Maps™
Gunakan Google Maps™ untuk menjejaki lokasi semasa anda, melihat situasi trafik masa
nyata dan mendapatkan arah terperinci ke destinasi anda. Sebelum membuat
perjalanan, anda boleh memuat turun dan menyimpan peta ke kad ingatan anda untuk
mengelakkan kos perayauan yang tinggi.
Aplikasi Google Maps™ memerlukan penggunaan sambungan Internet. Anda boleh dikenakan
caj sambungan data apabila anda menyambung ke Internet dari peranti anda. Hubungi
pengendali rangkaian anda untuk mendapatkan maklumat lanjut. Aplikasi Google Maps™
mungkin tidak tersedia di setiap pasaran, negara atau rantau.
Untuk menggunakan Google Maps™
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Peta.
Jika anda ingin menggunakan Google Maps™, anda perlu mendayakan salah satu cara lokasi
yang tersedia di bawah Tetapan > Perkhidmatan lokasi.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Google Maps™
•
Apabila anda menggunakan Google Maps™, ketik , kemudian ketik Bantuan.
Melihat lokasi rakan anda dengan Google Latitude™
Sertai Google Latitude™ untuk melihat lokasi rakan anda pada peta dan berkongsi lokasi
anda dan maklumat lain dengan mereka.