Sony Xperia L - Teknologi TrackID

background image

Teknologi TrackID

Mengenal pasti muzik menggunakan teknologi TrackID

Gunakan perkhidmatan pengecaman muzik TrackID™ untuk mengenal pasti trek muzik

yang anda dengar dimainkan di sekitar anda. Hanya rakam sampel ringkas lagu itu dan

anda akan mendapat maklumat artis, tajuk dan album dalam masa beberapa saat. Anda

boleh membeli trek yang dikenal pasti oleh TrackID™ dan anda boleh melihat carta

TrackID untuk melihat perkara yang dicari oleh pengguna TrackID di seluruh dunia.

Untuk keputusan terbaik, gunakan teknologi TrackID™ di tempat yang sunyi.

Aplikasi TrackID™ dan perkhidmatan TrackID™ tidak disokong dalam semua negara/rantau

atau oleh semua rangkaian dan/atau pembekal khidmat di semua kawasan.

Untuk membuka aplikasi TrackID™

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik TrackID™.

Anda juga boleh menggunakan widget TrackID™ untuk membuka aplikasi TrackID™.

Mengenal pasti muzik menggunakan teknologi TrackID™

1

Dari Skrin utama anda, ketik

2

Cari dan ketik TrackID™, kemudian pegang peranti anda ke arah sumber muzik.

3

Ketik . Jika trek tersebut dicam oleh perkhidmatan TrackID™, hasilnya akan

kelihatan pada skrin.

Untuk kembali ke skrin mula TrackID™, tekan

.

Untuk melihat carta TrackID™

Buka skrin aplikasi TrackID™, kemudian ketik Carta. Carta dari rantau anda

sendiri ditunjukkan.

Menggunakan hasil teknologi TrackID™

Maklumat trek kelihatan apabila aplikasi TrackID™ mengecam trek. Anda boleh memilih

untuk membeli trek atau mengongsinya menggunakan e-mel, SMS atau perkhidmatan

rangkaian sosial. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang artis trek.

Untuk membeli trek yang dicam oleh aplikasi TrackID™

1

Setelah trek dicam oleh aplikasi TrackID™, ketik Muat turun.

2

Ikuti arahan pada peranti anda untuk melengkapkan pembelian anda.

Anda juga boleh memilih trek untuk dibeli dengan membuka tab Sejarah atau Carta dari skrin

mula TrackID™.

Untuk berkongsi trek

1

Setelah trek dicam oleh aplikasi TrackID™, ketik Kongsi, kemudian pilih kaedah

perkongsian.

2

Ikuti arahan pada peranti anda untuk melengkapkan prosedur.

Untuk melihat maklumat artis untuk trek

Setelah trek dicam oleh aplikasi TrackID™, ketik Maklumat artis.

Untuk memadamkan trek daripada sejarah trek

1

Buka skrin aplikasi TrackID™, kemudian ketik Sejarah.

2

Ketik tajuk trek, kemudian ketik Padam.

3

Ketik Ya untuk mengesahkan.

62

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.