Menyelaraskan dengan Facebook™
Terdapat dua cara untuk menggunakan Facebook™ pada peranti anda. Anda boleh
menggunakan aplikasi Facebook standard untuk mengakses akaun Facebook dalam
talian anda atau anda boleh menyelaraskan akaun Facebook anda dengan peranti dan
berkongsi kandungan antara Facebook™ dan pelbagai aplikasi lain. Contohnya, anda
boleh berkongsi muzik dalam aplikasi "WALKMAN" pada peranti anda melalui Facebook.
Untuk menyelaraskan peranti anda dengan Facebook, anda mestilah menyediakan
akaun "Xperia™ dengan Facebook".
Untuk menyediakan akaun "Xperia™ dengan Facebook" pada peranti anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Ketik Tetapan > Tambah akaun > Xperia™ dengan Facebook.
3
Ikuti arahan pada paparan untuk mendaftar masuk ke akaun Facebook™ anda
atau buat akaun baru.
Untuk menyelaras secara manual dengan akaun "Xperia™ dengan Facebook"
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Ketik Tetapan > Xperia™ dengan Facebook.
3
Pilih akaun yang anda hendak selaraskan.
4
Tekan , kemudian ketik Selaraskan sekarang.
105
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk mengeluarkan akaun penyepaduan Facebook™
Apabila anda mengalih keluar akaun penyepaduan Facebook™ dari telefon anda, akaun
Facebook dalam talian yang dikaitkan itu tidak dipadamkan dan anda masih boleh
mengaksesnya dari komputer.
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Ketik Tetapan > Xperia™ dengan Facebook.
3
Pilih akaun yang anda hendak buang.
4
Tekan , kemudian ketik Alih keluar akaun.
5
Ketik Alih keluar akaun sekali lagi untuk mengesahkan.
106
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.