Sony Xperia L - Menyelaras dengan perkhidmatan Google™‎

background image

Menyelaras dengan perkhidmatan Google™

Selaraskan peranti anda dengan perkhidmatan Google™ lain untuk memastikan

maklumat anda terkini, tidak kira dari mana-mana peranti anda gunakan akaun Google™

anda. Contohnya, anda boleh menyelaraskan kenalan, GMail™ dan data kalendar anda.

Untuk menyediakan akaun Google™ untuk penyelarasan

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Ketik Tetapan > Tambah akaun > Google.

3

Ikut wizard pendaftaran untuk membuat akaun Google™, atau daftar masuk jika

anda sudah mempunyai akaun.

4

Tandakan kotak semak Sandarkan & pulihkan jika anda mahu menyandarkan

data ke akaun Google™ anda, kemudian ketik Seterusnya.

5

Ketik akaun Google™ yang baru diwujudkan, kemudian ketik item yang anda

hendak selaraskan.

Untuk menyelaraskan dengan akaun Google™ anda secara manual

1

Dari Skrin utama, ketik .

2

Ketik Tetapan > Google.

3

Ketik akaun Google™ yang anda mahu selaraskan.

4

Tekan , kemudian, ketik Selaraskan sekarang.

Untuk mengeluarkan akaun Google™

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Ketik Tetapan > Google.

3

Ketik akaun Google™ yang anda hendak keluarkan dari senarai akaun.

4

Tekan , kemudian ketik Alih keluar akaun.

5

Ketik Alih keluar akaun sekali lagi untuk mengesahkan.