Sony Xperia L - Tetapan panggilan

background image

Tetapan panggilan

Menyekat panggilan

Anda boleh menyekat semua atau kategori tertentu panggilan masuk dan keluar. Apabila

anda menggunakan sekatan panggilan untuk kali pertama, anda perlu memasukkan

PUK (Kunci Buka Sekatan Peribadi) anda dan kemudian kata laluan baru untuk

mengaktifkan fungsi sekatan panggilan.

Untuk menyekat panggilan masuk atau keluar

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Tetapan panggilan > Sekatan panggilan.

3

Pilih pilihan.

4

Masukkan kata laluan dan ketik Dayakan.

Menolak panggilan dengan mesej

Anda boleh menolak panggilan dengan mesej yang ditentukan terlebih dahulu. Apabila

anda menolak panggilan dengan mesej tersebut, mesej akan dihantar secara automatik

kepada pemanggil dan disimpan pada peranti anda.
Enam mesej dipratakrif pada peranti anda. Anda boleh memilih ini daripada mesej yang

ditentukan terlebih dahulu, yang juga boleh disunting jika perlu.

Untuk menolak panggilan dengan mesej yang ditentukan terlebih dahulu

Seret Tolak dengan mesej ke atas, kemudian pilih mesej.

Untuk menolak panggilan kedua dengan mesej yang diprataktir

Apabila anda mendengar bunyi bip berulang semasa panggilan, seret Tolak

dengan mesej ke atas, kemudian pilih mesej.

Untuk menyunting mesej yang digunakan untuk menolak panggilan

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Dapatkan dan ketik Tetapan > Tetapan panggilan > Tolak panggilan dengan

mesej.

3

Ketik mesej yang anda mahu sunting, kemudian lakukan perubahan yang perlu.

4

Setelah anda selesai, ketik OK.

Memajukan panggilan

Anda boleh memajukan panggilan, sebagai contoh, ke nombor telefon lain, atau ke

perkhidmatan menjawab.

Untuk mengalihkan panggilan

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Tetapan panggilan > Pemajuan panggilan.

3

Pilih pilihan.

4

Masukkan nombor yang anda ingin alihkan panggilan, kemudian ketik Dayakan.

41

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk mematikan pengalihan panggilan

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Tetapan panggilan > Pemajuan panggilan.

3

Buat pilihan, kemudian ketik Nyahdayakan.

Menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda

Anda boleh memilih untuk menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda

pada peranti penerima panggilan apabila anda menghubungi mereka.

Untuk menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Tetapan panggilan > Tetapan tambahan > ID

Pemanggil.

Nombor Pendailan Tetap

Jika anda telah menerima kod PIN2 daripada pembekal khidmat anda, anda boleh

menggunakan senarai Nombor Pendailan Tetap (FDN) untuk mengehadkan panggilan

keluar.

Untuk mendayakan atau menyahdayakan pendailan tetap

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Tetapan panggilan > Nombor pendailan tetap.

3

Ketik Aktifkan pendailan tetap atau Nyahaktifkan pendailan tetap.

4

Masukkan PIN2 anda dan ketik OK.

Untuk mengakses senarai penerima panggilan yang diterima

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Tetapan panggilan > Nombor pendailan tetap >

Nombor pendailan tetap.

42

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.