![background image](https://i.xphonehelp.com/Sony Xperia L/ms/Sony Xperia L_ms038.png)
Pengendalian panggilan
Anda boleh membuat panggilan dengan mendail secara manual nombor telefon, dengan
mengetik nombor yang disimpan dalam senarai kenalan anda atau dengan mengetik
nombor telefon dalam paparan log panggilan anda. Anda boleh juga menggunakan ciri
dail pintar untuk mencari nombor dengan cepat dari senarai kenalan dan log panggilan
anda.
Apabila anda membuat panggilan, mikrofon utama peranti anda berfungsi bersama-
sama dengan mikrofon kedua untuk menyekat hingar dan bunyi latar belakang.
Jangan tutup mikrofon kedua semasa anda membuat panggilan.
Untuk membuat panggilan dengan mendail
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Telefon.
3
Masukkan nombor penerima dan ketik Panggil. Untuk memadamkan nombor,
ketik .
Untuk membuat panggilan menggunakan dail pintar
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Telefon.
3
Gunakan pad dail untuk memasukkan huruf atau nombor yang sepadan dengan
kenalan yang anda mahu hubungi. Senarai kemungkinan padanan kelihatan
apabila anda memasukkan setiap huruf atau nombor.
4
Ketik kenalan yang anda mahu hubungi.
Untuk menamatkan panggilan
•
Ketik .
Untuk membuat panggilan antarabangsa
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Telefon.
3
Sentuh terus 0 sehingga tanda “+” kelihatan.
4
Masukkan kod negara, kod kawasan (tanpa 0 pertama) dan nombor telefon,
kemudian ketik Panggil.
38
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
![background image](https://i.xphonehelp.com/Sony Xperia L/ms/Sony Xperia L_ms039.png)
Untuk menjawab panggilan
•
Seret ke kanan merentasi skrin.
Untuk menolak panggilan
•
Seret ke sebelah kiri merentasi skrin.
Untuk menolak panggilan kedua
•
Apabila anda mendengar bunyi bip berulang semasa panggilan, ketik .
Untuk menukar kelantangan speaker telinga semasa panggilan
•
Tekan kekunci kelantangan ke atas atau ke bawah.
Untuk menghidupkan pembesar suara semasa panggilan
•
Ketik .
Untuk membisukan mikrofon semasa panggilan
•
Ketik .
Untuk mengaktifkan skrin semasa panggilan
•
Tekan sebentar .
Untuk memasukkan nombor semasa dalam panggilan
1
Semasa dalam panggilan, ketik . Pad kekunci kelihatan.
2
Ketik nombor yang anda mahu masukkan.
Untuk membisukan nada dering panggilan masuk
•
Apabila anda menerima panggilan, tekan kekunci kelantangan.
Panggilan terbaru
Dalam log panggilan, anda boleh melihat panggilan terlepas , diterima dan didail .
Untuk melihat panggilan terlepas anda
1
Apabila anda mempunyai panggilan terlepas, muncul dalam bar status. Seret
bar status ke bawah.
2
Ketik Panggilan tidak dijawab.
Untuk memanggil nombor dari log panggilan anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Telefon.Paparan log panggilan kelihatan pada bahagian atas skrin.
3
Untuk memanggil suatu nombor secara terus, ketik nombor itu. Untuk menyunting
nombor sebelum memanggil, sentuh terus nombor tersebut, kemudian ketik
Sunting no. sebelum panggilan.
Anda juga boleh memanggil nombor dengan mengetik > Panggil balik.
Untuk menambah nombor dari log panggilan ke kenalan anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Telefon.Paparan log panggilan kelihatan pada bahagian atas skrin.
3
Sentuh terus nombor tersebut, kemudian ketik Tambah kepada Kenalan.
4
Ketik kenalan yang dikehendaki, atau ketik Wujudkan kenalan baru.
5
Sunting butiran kenalan dan ketik Selesai.
39
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.