Sony Xperia L - Tetapan rangkaian mudah alih

background image

Tetapan rangkaian mudah alih

Peranti anda bertukar secara automatik di antara rangkaian mudah alih bergantung pada

rangkaian mudah alih yang mana yang tersedia di kawasan yang berbeza. Anda juga

boleh menetapkan telefon anda secara manual untuk menggunakan mod rangkaian

mudah alih tertentu, sebagai contoh, WCDMA atau GSM.

Untuk memilih mod rangkaian

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.

3

Ketik Mod Rangkaian.

4

Pilih mod rangkaian.

Untuk memilih rangkaian lain secara manual

1

Dari Skrin utama, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih > Pengendali

rangkaian.

3

Ketik Mod cari > Manual.

4

Pilih rangkaian.

Jika anda memilih rangkaian secara manual, peranti anda tidak akan mencari rangkaian lain,

walaupun sekiranya anda keluar dari julat rangkaian pilihan yang dibuat secara manual itu.

Untuk mengaktifkan pemilihan rangkaian automatik

1

Dari Skrin utama, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih > Pengendali

rangkaian.

3

Ketik Mod cari.

4

Ketik Automatik.

Mematikan trafik data

Anda boleh menyahdayakan semua sambungan data melalui rangkaian mudah alih

untuk mengelakkan sebarang muat turun dan penyelarasan data yang tidak dikehendaki.

Hubungi pengendali rangkaian anda jika anda memerlukan maklumat terperinci

mengenai pelan langganan anda dan caj trafik data.

Apabila trafik data dimatikan, anda masih dapat menggunakan sambungan Wi-Fi® dan

Bluetooth®. Anda juga boleh menghantar dan menerima mesej multimedia.

Untuk mematikan semua trafik data

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.

3

Nyahtandakan kotak semak Trafik data mudah alih.

Perayauan data

Sesetengah pengendali rangkaian membenarkan anda menghantar dan menerima data

mudah alih semasa anda dalam perayauan di luar rangkaian rumah anda. Anda

disyorkan supaya menyemak kadar penghantaran data yang berkaitan terlebih dahulu.

Untuk mengaktifkan perayauan data

1

Dari Skrin utama, ketik .

2

Dapatkan dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.

3

Tandakan kotak semak Perayauan data.

Anda tidak boleh mengaktifkan perayauan data semasa sambungan data telah dinyahaktifkan.

35

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.