Sony Xperia L - Tetapan Internet dan pemesejan

background image

Tetapan Internet dan pemesejan

Untuk menghantar mesej teks dan multimedia dan untuk mengakses Internet, anda

mesti mempunyai sambungan data mudah alih dan tetapan yang betul. Terdapat

beberapa cara berbeza untuk mendapatkan tetapan ini:

Untuk kebanyakan rangkaian dan pengendali mudah alih, tetapan Internet dan

pemesejan diprapasang pada peranti anda. Anda boleh mula menggunakan Internet dan

menghantar mesej dengan serta merta.

Dalam sesetengah keadaan anda akan mendapat pilihan untuk memuat turun tetapan

Internet dan pemesejan pada kali pertama anda menghidupkan peranti anda. Tetapan ini

juga dapat dimuat turun kemudiannya daripada menu Tetapan.

Anda boleh menambah dan menukar tetapan Internet dan rangkaian secara manual

pada peranti anda pada bila-bila masa. Hubungi pengendali rangkaian anda untuk

mendapatkan maklumat terperinci mengenai tetapan Internet dan pemesejan.

Untuk memuat turun tetapan Internet dan pemesejan

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Dapatkan dan ketik Tetapan > Xperia™ > Tetapan internet.

3

Ketik Terima.

Untuk menetapkan semula tetapan Internet lalai

1

Dari Skrin utama, ketik .

2

Ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih > Nama Pusat Akses.

3

Ketik .

4

Ketik Tetapkn semula kepada lalai.

Nama Pusat Akses (APN)

APN digunakan untuk mewujudkan sambungan data antara peranti anda dan Internet.

APN menentukan jenis alamat IP mana untuk digunakan, kaedah keselamatan mana

untuk dimulakan dan sambungan hujung tetap yang mana untuk digunakan. Menyemak

APN adalah berguna apabila anda tidak boleh mengakses Internet, tiada sambungan

data atau tidak boleh menghantar atau menerima mesej multimedia.

Untuk melihat (APN) semasa

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Dapatkan dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.

3

Ketik Nama Pusat Akses.

Jika anda mempunyai beberapa sambungan tersedia, sambungan rangkaian yang aktif

ditunjukkan dengan butang yang ditandakan.

Untuk menambah tetapan Internet secara manual

1

Dari Skrin utama, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih > Nama Pusat

Akses.

3

Ketik .

4

Ketik APN baru.

5

Ketik Nama dan masukkan nama profil rangkaian yang anda ingin wujudkan.

6

Ketik APN dan masukkan nama pusat akses.

7

Masukkan semua maklumat lain yang diperlukan oleh pengendali rangkaian anda.

8

Ketik , kemudian ketik Simpan.

33

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.