Sony Xperia L - Mengakses dan menggunakan aplikasi

background image

Mengakses dan menggunakan aplikasi

Buka aplikasi dari jalan pintas pada Skrin utama anda atau dari skrin Aplikasi.

Skrin aplikasi

Skrin aplikasi, yang anda buka dari Skrin utama anda, mengandungi aplikasi yang

didatangkan sedia dipasang pada peranti anda serta aplikasi yang anda muat turun.
Skrin Aplikasi melangkaui kelebaran skrin biasa, maka, anda perlu menguis ke kiri dan

kanan untuk melihat semua kandungan.

Untuk membuka skrin Aplikasi

Dari Skrin utama anda, ketik .

Untuk menyemak imbas skrin Aplikasi

Dari skrin Aplikasi, kuis ke kanan atau ke kiri.

Untuk membuka menu skrin Aplikasi

Apabila skrin Aplikasi dibuka, seret tepi kiri skrin ke kanan.

20

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk membuat pintasan ke aplikasi pada Skrin utama

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Sentuh terus ikon aplikasi sehingga skrin bergetar, kemudian seret ikon ke

bahagian atas skrin. Skrin utama dibuka.

3

Seret ikon ke lokasi yang diinginkan pada Skrin utama, kemudian lepaskan jari

anda.

Membuka dan menutup aplikasi

Untuk membuka aplikasi

Dari Skrin utama anda atau skrin Aplikasi, ketik aplikasi.

Untuk menutup aplikasi

Tekan .

Beberapa aplikasi dijeda apabila anda menekan untuk keluar, sementara, aplikasi lain

mungkin terus dijalankan dalam latar belakang. Dalam kes pertama, pada lain kali anda

membuka aplikasi, anda boleh teruskan di mana anda tinggalkannya. Harus diingati bahawa

sesetengah aplikasi mungkin dikenakan bayaran untuk sambungan dta apabila ia dijalankan di

latar belakang, sebagai contoh, perkhidmatan rangkaian sosial.

Tetingkap aplikasi yang digunakan baru-baru ini

Anda boleh melihat dan mengakses aplikasi yang digunakan baru-baru ini daripada

tetingkap ini.

Untuk membuka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan

Tekan .

Menggunakan apl kecil

Dari tetingkap aplikasi yang baru digunakan, anda boleh mendapat akses pantas kepada

beberapa apl kecil pada bila-bila masa menggunakan bar apl kecil. Apl kecil hanya

menggunakan bahagian kecil skrin anda. Oleh itu, anda boleh berinteraksi dengan apl

kecil dan aplikasi lain pada masa yang sama pada skrin yang sama.

Untuk membuka bar aplikasi kecil

Tekan .

Untuk membuka aplikasi kecil

1

Untuk membuatkan bar aplikasi kecil kelihatan, tekan .

2

Ketik aplikasi kecil yang anda ingin buka.

Anda boleh membuka beberapa aplikasi kecil pada masa yang sama.

Untuk menutup apl kecil

Ketik pada tetingkap apl kecil.

Untuk mengalih aplikasi kecil

Semasa aplikasi kecil dibuka, sentuh terus penjuru kiri sebelah atas aplikasi kecil,

kemudian alihkannya ke lokasi yang diinginkan.

Untuk meminimumkan aplikasi kecil

Semasa aplikasi kecil dibuka, sentuh terus penjuru kiri sebelah atas aplikasi kecil,

kemudian seretnya ke sisi kanan atau sisi bawah skrin.

Untuk mengatur semula aplikasi kecil dalam bar aplikasi kecil

Sentuh terus aplikasi kecil dan seretnya ke kedudukan yang diingini.

Untuk mengeluarkan aplikasi kecil daripada bar aplikasi kecil

Sentuh terus aplikasi kecil, kemudian seretnya di luar bar aplikasi kecil.

21

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk memulihkan aplikasi kecil yang dikeluarkan sebelum ini

1

Buka bar aplikasi kecil, kemudian ketik

.

2

Sentuh terus aplikasi kecil yang anda mahu dipulihkan, kemudian seretnya ke

dalam bar aplikasi kecil.

Untuk memuat turun aplikasi kecil

1

Dari bar aplikasi kecil, ketik

, kemudian ketik , dan ketik .

2

Cari aplikasi kecil yang anda ingin muat turun, kemudian ikut arahan untuk

memuat turunnya dan menyelesaikan pemasangan.

Untuk menambah widget sebagai aplikasi kecil

1

Untuk memaparkan bar aplikasi kecil, tekan .

2

Ketik

> > .

3

Pilih widget.

4

Masukkan nama untuk widget itu, jika dinginkan, kemudian ketik OK.

Menu aplikasi

Anda boleh membuka menu pada bila-bila masa apabila anda menggunakan aplikasi.

Menunya akan kelihatan berbeza bergantung pada aplikasi yang anda gunakan.

Untuk membuka menu dalam aplikasi

Semasa menggunakan aplikasi, tekan .

Menu tidak tersedia dalam semua aplikasi.

Mengatur semula skrin Aplikasi anda

Pindahkan aplikasi di sekeliling skrin Aplikasi mengikut pilihan anda.

Untuk menyusun aplikasi pada skrin Aplikasi

1

Untuk membuka menu skrin Aplikasi, seret sisi kiri skrin Aplikasi ke kanan.

2

Pilih pilihan yang diinginkan di bawah TUNJUKKAN APLIKASI.

Untuk mengalih aplikasi pada skrin Aplikasi

1

Buka menu skrin Aplikasi dan pastikan Susunan sendiri dipilih di bawah

TUNJUKKAN APLIKASI.

2

Sentuh terus aplikasi sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian

seret aplikasi ke lokasi baru.

Untuk menyahpasang aplikasi dari skrin Aplikasi

1

Untuk membuka menu skrin Aplikasi, seret tepi kiri skrin Aplikasi ke kanan.

2

Ketik Nyahpasang. Semua aplikasi yang boleh dinyahpasang ditandakan dengan

.

3

Ketik aplikasi yang anda ingin nyahpasang, kemudian ketik Nyahpasang.