Sony Xperia L - Menaip teks

background image

Menaip teks

Anda boleh pilih daripada sebilangan papan kekunci dan kaedah input untuk menaip

teks yang mengandungi huruf, nombor dan aksara lain. Anda boleh menaip dalam dua

atau tiga bahasa Latin tanpa menukar papan kekunci. Papan kekunci antarabangsa

Xperia™ mengesan bahasa dan meramalkan perkataan sambil anda menaip.

Papan kekunci pada paparan

Ketik kekunci papan kekunci QWERTY pada paparan untuk memasukkan teks dengan

mudah. Sesetengah aplikasi membuka papan kekunci pada paparan secara automatik.

Anda juga boleh membuka papan kekunci ini dengan menyentuh medan teks.

Menggunakan papan kekunci pada paparan

1 Tukar kes aksara dan hidupkan huruf besar. Untuk sesetengah bahasa, kekunci ini digunakan untuk

mengakses aksara tambahan dalam bahasa.

2 Tutup paparan papan kekunci pada paparan. Ambil perhatian bahawa ikon ini tidak kelihatan dalam mod

potret.

3 Paparkan nombor dan simbol.

24

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

4 Peribadikan papan kekunci anda. Kekunci ini hilang selepas papan kekunci diperibadikan.

5 Masukkan ruang.

6 Masukkan pembawa kembali atau sahkan input teks.

7 Padam aksara sebelum kursor.

Semua ilustrasi adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak menggambarkan

peranti sebenar dengan tepat.

Untuk memaparkan papan kekunci pada paparan untuk memasukkan teks

Ketik medan entri teks.

Untuk menyembunyikan papan kekunci pada paparan

Apabila papan kekunci pada paparan dibuka, ketik .

Untuk memperibadikan papan kekunci pada paparan

1

Buka papan kekunci pada paparan, kemudian ketik . .

2

Ikuti arahab untuk memperibadikan papan kekunci pada paparan anda, sebagai

contoh, tanda kotak semak Kekunci senyuman.

Jika anda tidak menandakan kotak semak Kekunci senyuman semasa anda memperibadikan

papan kekunci pada paparan, ikon smiley tidak akan kelihatan.

Untuk menggunakan papan kekunci pada paparan dalam orientasi landskap

Apabila anda memasukkan teks, pusingkan peranti ke arah sisi.

Untuk papan kekunci menyokong ciri ini, mod landskap mesti disokong oleh aplikasi yang

anda sedang gunakan dan tetapan orientasi skrin anda mesti ditetapkan pada automatik.

Untuk memasukkan teks menggunakan papan kekunci pada paparan

Untuk memasukkan aksara yang boleh dilihat pada papan kekunci, ketik aksara.

Untuk memasukkan kelainan aksara, sentuh terus aksara papan kekunci biasa

untuk mendapatkan senarai pilihan tersedia, kemudian, pilih dari senarai. Sebagai

contoh, untuk memasukkan "é", sentuh terus "e" sehingga pilihan lain kelihatan,

kemudian, semasa jari anda masih menekan pada papan kekunci, seret dan pilih

"é".

Untuk menukar antara huruf besar dan huruf kecil

Sebelum anda memasukan huruf, ketik untuk menukar ke huruf besar , atau

sebaliknya.

Untuk menghidupkan caps lock

Sebelum anda menaip perkataan, ketik atau sehingga kelihatan.

Untuk memasukkan nombor atau simbol

Apabila anda masukkan teks, ketik . Papan kekunci dengan nombor dan

simbol akan kelihatan. Ketik

untuk melihat lebih banyak pilihan.

Untuk memasukkan tanda baca biasa

1

Apabila anda selesai memasukkan perkataan, ketik bar ruang.

2

Pilih tanda baca daripada bar calon. Tanda yang dipilih dimasukkan sebelum

ruang.

Untuk memasukkan noktah dengan cepat, ketik bar ruang dua kali apabila anda selesai

memasukkan perkataan.

Untuk memadam aksara

Ketik untuk menggantikan kursir selepas aksara yang anda hendak hapuskan,

kemudian ketik .

25

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk memasukkan pembawa kembali

Apabila anda memasukkan teks, ketik

untuk memasukkan pembawa kembali.

Untuk memilih teks

1

Masukkan sedikit teks, kemudian, ketik dua kali teks. Perkataan yang anda ketik

diserlahkan melalui tab di kedua-dua belah.

2

Seret tab ke kiri atau kanan untuk memilih lebih banyak teks.

Untuk menyunting teks dalam orientasi landskap

1

Masukkan sedikit teks, kemudian, ketik dua kali teks yang dimasukkan.

2

Pilih teks yang anda ingin membuat kerja, kemudian, ketik Sunting... dan pilih

pilihan.

Untuk menyunting dalam orientasi potret

1

Masukkan sedikit teks, kemudian, ketik dua kali teks yang dimasukkan untuk

membuatkan bar aplikasi kelihatan.

2

Pilih teks yang anda ingin sunting, kemudian, gunakan bar aplikasi untuk

membuat perubahan yang anda inginkan.

Bar aplikasi

1

Tutup bar aplikasi

2

Pilih semua teks

3

Potong teks

4

Salin teks

5

Tampal teks

hanya muncul apabila anda mempunyai teks yang disimpan pada papan keratan.

Menggunakan fungsi Input gerak isyarat untuk menulis perkataan

Anda boleh memasukkan teks dengan menggelangsar jari anda dari huruf ke huruf pada

papan kekunci pada paparan.

Input gerak isyarat hanya tersedia apabila anda menggunakan papak kekunci skrin pada

paparan.

Untuk memasukkan teks menggunakan fungsi Input gerak isyarat

1

Apabila papan kekunci pada paparan dipaparkan, gelangsar jari anda dari huruf

ke huruf untuk menyurih perkataan yang anda mahu tuliskan.

2

Angkat jari anda setelah anda selesai memasukkan sesuatu perkataan. Perkataan

dicadangkan berdasarkan huruf yang anda surih. Jika perlu, pilih perkataan yang

betul dalam bar calon.

3

Untuk melihat lebih banyak pilihan, tatal ke kanan atau kiri dalam bar calon

perkataan. Jika anda tidak menemui perkataan yang diingini, ketik sekali untuk

memadamkan keseluruhan perkataan, kemudian cuba lagi menyurih perkataan

atau ketik setiap huruf untuk memasukkan perkataan.

4

Jika tetapan Ruang automatik diaktifkan, surih perkataan seterusnya yang anda

mahu masukkan. Jika tidak, ketik bar ruang dan kemudian surih perkataan

seterusnya yang anda mahu masukkan.

26

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menukar tetapan Input gerak isyarat

1

Apabila papan kekunci pada paparan dipaparkan, tekan .

2

Ketik , kemudian ketik Tetapan papan kekunci > Tetapan input teks.

3

Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan fungsi input Gerak Isyarat, tanda atau

nyahtanda kotak semak Input gerak isyarat.

Pad telefon

Pad telefon serupa dengan pad kekunci telefon 12 kekunci standard. Ia memberikan

anda pilihan input teks ramalan dan berbilang tap. Anda boleh mengaktifkan kaedah

input teks Pad telefon melalui tetapan papan kekunci. Pad telefon hanya tersedia dalam

orientasi potret.

Menggunakan Pad telefon

1

Buat pilihan input teks

2

Tukar penghurufbesaran aksara dan hidupkan kunci huruf besar

3

Paparkan nombor

4

Paparkan simbol dan senyuman

5

Masukkan ruang

6

Masukkan pembawa kembali atau sahkan input teks

7

Padam aksara sebelum kursor

Semua ilustrasi adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak menggambarkan

peranti sebenar dengan tepat.

Untuk membuka Pad telefon untuk kali pertama

1

Ketik medan entri teks, kemudian ketik .

2

Ketik , kemudian ketik Tetapan papan kekunci.

3

Ketik Rupa papan kekunci > Bentangan papan kekunci.

4

Pilih Pad telefon.

Pad telefon hanya boleh digunakan dalam mod potret.

Untuk memasukkan teks menggunakan Pad telefon

Apabila kelihatan dalam Pad telefon, ketik setiap kekunci aksara sekali sahaja,

walaupun huruf yang anda mahukan bukan huruf pertama pada kekunci tersebut.

Ketik perkataan yang kelihatan atau ketik untuk melihat lebih banyak cadangan

perkataan dan memilih perkataan daripada senarai.

Apabila kelihatan dalam Pad telefon, ketik kekunci pada paparan untuk aksara

yang anda mahu masukkan. Teruskan menekan kekunci ini sehingga aksara yang

diingini dipilih. Kemudian lakukan cara yang sama untuk aksara seterusnya yang

anda mahu masukkan dan seterusnya.

27

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk memasukkan nombor menggunakan Pad telefon

Apabila Pad telefon dibuka, ketik . Pad telefon dengan nombor akan kelihatan.

Untuk memasukkan simbol dan senyuman menggunakan Pad telefon

1

Apabila Pad telefon dibuka, ketik

. Grid yang mengandungi simbol dan

senyuman akan kelihatan.

2

Tatal ke atas atau ke bawah untuk melihat lebih banyak pilihan. Ketik simbol atau

senyuman untuk memilihnya.

Tetapan Papan kekunci dan Pad telefon

Anda boleh memilih tetapan untuk papan kekunci pada paparan dan Pad telefon, seperti

bahasa penulisan dan pembetulan automatik.

Untuk mengakses tetapan papan kekunci pada paparan dan Pad telefon

1

Apabila anda memasukkan teks menggunakan papan kekunci pada paparan atau

Pad telefon, ketik atau .

2

Ketik , kemudian ketik Tetapan papan kekunci.

Untuk menambah bahasa penulisan untuk input teks

1

Apabila anda memasukkan teks menggunakan papan kekunci pada paparan atau

Pad telefon, ketik atau .

2

Ketik , kemudian ketik Tetapan papan kekunci.

3

Ketik Bahasa penulisan dan tanda kotak semak yang berkaitan.

4

Ketik OK untuk mengesahkan.

Untuk memilih varian bentangan papan kekunci

Varian bentangan hanya tersedia untuk papan kekunci pada paparan apabila anda memilih

dua atau tiga bahasa penulisan dan mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa penulisan.

1

Apabila anda memasukkan teks menggunakan papan kekunci pada paparan,

ketik .

2

Ketik , kemudian ketik Tetapan papan kekunci.

3

Ketik Bahasa penulisan, kemudian ketik

.

4

Pilih varian bentangan papan kekunci.

5

Ketik OK untuk mengesahkan.

Tetapan input teks

Semasa memasukkan teks menggunakan papan kekunci pada paparan atau Pad

telefon, anda boleh mengakses menu tetapan input teks yang membantu anda

menetapkan pilihan untuk cadangan perkataan dan penjarakan automatik. Contohnya,

anda boleh menentukan bagaimana perkataan dibetulkan sambil anda menaip.

Untuk menukar tetapan input teks

1

Apabila anda memasukkan teks menggunakan papan kekunci pada paparan atau

Pad telefon, ketik atau .

2

Ketik , kemudian ketik Tetapan papan kekunci > Tetapan input teks dan pilih

tetapan yang berkaitan.

Memasukkan teks menggunakan input suara

Apabila anda memasukkan teks, anda boleh menggunakan fungsi input suara tanpa

perlu menaipkan perkataan. Sebut sahaja perkataan yang anda mahu masukkan. Input

suara ialah suatu teknologi eksperimen daripada Google™ dan tersedia kepada

beberapa bahasa dan rantau.

28

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Dayakan input suara

1

Apabila anda memasukkan teks menggunakan papan kekunci pada paparan atau

Pad telefon, ketik atau .

2

Ketik , kemudian ketik Tetapan papan kekunci.

3

Tandakan kotak semak Kekunci menaip suara Google.

4

Tekan untuk menyimpan tetapan anda. Ikon mikrofon kelihatan pada papan

kekunci pada paparan atau Pad telefon.

Untuk memasukkan teks menggunakan input suara

1

Buka papan kekunci pada paparan, kemudian ketik Pad telefon.

2

Ketik . Apabila kelihatan, bercakap untuk memasukkan teks. Setelah anda

selesai, ketik sekali lagi. Teks yang dicadangkan muncul.

3

Sunting teks secara manual, jika perlu.