Sony Xperia L - Ingatan

background image

Ingatan

Anda boleh menyimpan kandungan pada storan dalaman peranti anda dan pada kad

ingatan.

Kad ingatan

Peranti anda menyokong kad ingatan microSD™, yang digunakan untuk menyimpan

kandungan. Jenis kad ini boleh digunakan sebagai kad ingatan mudah alih dengan

peranti serasi yang lain.

Anda mungkin perlu membeli kad ingatan secara berasingan.

Mengeluarkan kad ingatan dengan selamat

Anda boleh mengeluarkan kad ingata dengan selamat dari telefon anda pada bila-bila

masa apabila telefon dimatikan. Jika anda mahu mengeluarkan kad ingatan apabila

telefon anda dihidupkan, anda mesti mengeluarkan kad ingatan dahulu sebelum anda

mengeluarkannya dari telefon secara fizikal. Ini boleh mengelakkan kerosakan pada kad

ingatan ata kehilangan data yang disimpan pada kad ingatan.

Untuk menyahlekapkan kad ingatan

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Storan > Nyahlekapkan kad SD.

Memformat kad ingatan

Anda boleh memformat kad ingatan dalam peranti anda, contohnya, untuk

mengosongkan ingatan. Ini bermakna anda memadam semua data pada kad.

Semua kandungan pada kad ingatan dipadamkan apabila anda memformatkannya. Pastikan

anda membuat sandaran semua yang anda mahu simpan sebelum memformat kad ingatan.

Untuk membuat sandaran kandungan anda, anda boleh menyalinnya ke komputer anda. Untuk

maklumat lanjut, rujuk kepada bab Menyambungkan peranti anda ke komputer

pada halaman 99.