Sony Xperia L - Pengehadan kepada perkhidmatan dan ciri

background image

Pengehadan kepada perkhidmatan dan ciri

Sesetengah perkhidmatan dan fungsi yang diterangkan dalam Panduan pengguna ini tidak

disokong di semua negara/rantau atau oleh semua rangkaian dan/atau pembekal khidmat di

semua kawasan. Tanpa pengehadan, ini juga digunakan untuk Nombor Kecemasan

Antarabangsa GSM, 112. Sila hubungi pengendali rangkaian atau pembekal khidmat anda

untuk menentukan sebarang perkhidmatan atau fungsi spesifik dan sama ada akses atau

bayaran penggunaan tambahan dikenakan.

Penggunaan ciri dan aplikasi tertentu yang diterangkan dalam panduan ini mungkin

memerlukan akses kepada Internet. Anda boleh dikenakan caj sambungan data apabila

anda menyambung ke Internet dari telefon anda. Hubungi pengendali rangkaian wayarles

anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.