Maklumat undang-undang
Sony C2105/C2104/
Panduan pengguna ini diterbitkan oleh Sony Mobile Communications AB atau syarikat bersekutu tempatannya,
tanpa sebarang waranti. Penambahbaikan dan perubahan kepada Panduan pengguna ini yang disebabkan oleh
kesilapan tipografi, maklumat semasa yang tidak tepat atau peningkatan program dan/atau peralatan, boleh
dilakukan oleh Sony Mobile Communications AB pada bila-bila masa tanpa notis. Walau bagaimanapun,
perubahan tersebut akan disatukan ke dalam edisi baru Panduan pengguna ini.
©Sony Mobile Communications AB, 2013.
Hak cipta terpelihara.
Telefon mudah alih anda berkeupayaan untuk memuat turun, menyimpan dan menghantar semula kandungan
tambahan, sebagai contoh, nada dering. Penggunaan kandungan tersebut mungkin disekat atau dilarang oleh hak
pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada sekatan di bawah undang-undang hak cipta yang diguna pakai.
Anda, dan bukan Sony, bertanggungjawab sepenuhnya bagi kandungan tambahan yang anda muat turun atau
hantar semula dari telefon mudah alih anda. Sebelum anda menggunakan sebarang kandungan tambahan, sila
sahkan bahawa penggunaan yang anda hasratkan dilesenkan sewajarnya atau dibenarkan. Sony tidak menjamin
ketepatan, integriti atau kualiti apa-apa kandungan tambahan atau apa-apa kandungan pihak ketiga yang lain.
Dalam apa keadaan sekalipun Sony tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap penggunaan tidak wajar
kandungan tambahan atau kandungan pihak ketiga lain oleh anda.
Panduan pengguna ini boleh merujuk perkhidmatan atau aplikasi yang dibekalkan oleh pihak ketiga. Penggunaan
pemprograman atau perkhidmatan sedemikian mungkin memerlukan pendaftaran berasingan dengan pembekal
pihak ketiga dan mungkin tertakluk pada syarat penggunaan tambahan. Bagi aplikasi yang diakses pada atau
melalui tapak web pihak ketiga, sila semak dahulu syarat penggunaan dan dasar privasi yang dikenakan oleh tapak
web seperti itu. Sony tidak menjamin ketersediaan atau prestasi sebarang tapak web pihak ketiga atau
perkhidmatan yang ditawarkan.
Keluarkan bateri untuk melihat maklumat kawal selia seperti tanda CE.
Semua nama produk dan nama syarikat yang dinyatakan di sini ialah tanda dagangan atau tanda dagangan
berdaftar pemiliknya masing-masing. Mana-mana hak yang tidak diberi secara nyata dalam buku panduan ini
adalah terpelihara. Semua tanda dagangan lain merupakan hak milik pemiliknya masing-masing.
Lawati www.sonymobile.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Semua ilustrasi adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak menggambarkan telefon sebenar dengan
tepat.
Produk in dilindungi oleh hak harta intelektual tertentu Microsoft. Anda dilarang menggunakan atau mengedarkan
teknologi sedemikian di luar produk ini tanpa lesen daripada Microsoft.
Pemilik kandungan menggunakan teknologi pengurusan hak digital Windows Media (WMDRM) untuk melindungi
hak milik intelektual mereka, termasuk hak cipta. Peranti ini menggunakan perisian WMDRM untuk mengakses
kandungan yang dilindungi WMDRM. Jika perisian WMDRM gagal melindungi kandungan, pemilik kandungan
boleh meminta Microsoft untuk membatalkan keupayaan perisian untuk menggunakan WMDRM untuk memainkan
atau menyalin kandungan yang dilindungi. Pembatalan tidak memberi kesan pada kandungan yang tidak dilindungi.
Apabila anda memuat turun lesen bagi kandungan yang dilindungi, anda bersetuju bahawa Microsoft boleh
menyertakan senarai pembatalan dengan lesen tersebut. Pemilik kandungan mungkin menghendaki anda menaik
taraf WMDRM untuk mengakses kandungan mereka. Jika anda menolak penaikan taraf, anda tidak akan dapat
mengakses kandungan yang memerlukan naik taraf tersebut.
Produk ini dilesenkan di bawah visual MPEG-4 dan lesen portfolio paten AVC untuk penggunaan peribadi dan
bukan komersil pengguna untuk (i) pengekodan video yang mematuhi standard visual MPEG-4 ("video MPEG-4")
atau standard AVC ("video AVC") dan/atau (ii) penyahkodan MPEG-4 atau video AVC yang dikodkan oleh
pengguna yang terlibat dalam aktiviti peribadi dan bukan komersil dan/atau telah mendapatkannya daripada
pembekal video yang dilesenkan oleh MPEG LA untuk membekalkan MPEG-4 dan/atau video AVC. Tiada lesen
diberikan atau dibayangkan untuk sebarang penggunaan lain. Maklumat tambahan termasuk maklumat yang
berkaitan dengan promosi, penggunaan dalaman dan komersil dan pelesenan boleh diperoleh daripada MPEG LA,
123
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
L.L.C. Lihat http://www.mpegla.com. Teknologi pengekodan audio MPEG Layer-3 dilesenkan daripada Fraunhofer
IIS and Thomson.
124
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.