Sony Xperia L - Apakah itu Android™‎?

background image

Apakah itu Android™?

Telefon pintar Xperia anda dari Sony dijalankan pada platform Android. Telefon Android

boleh melaksanakan banyak fungsi yang sama dengan komputer dan anda boleh

menyesuaikannya mengikut keperluan anda sendiri. Sebagai contoh, anda boleh

menambah dan memadamkan aplikasi atau mempertingkatkannya untuk memperbaik

kefungsiannya. Anda boleh memuat turun pelbagai aplikasi dan permainan pada Google

Play™ dari koleksi yang sentiasa berkembang. Anda juga boleh menyepadukan aplikasi

pada telefon Android™ anda dengan aplikasi lain dan dengan perkhidmatan dalam talian

yang anda gunakan. Sebagai contoh, anda boleh membuat sandaran kenalan telefon

anda, mengakses pelbagai akaun e-mel dan kalendar anda dari satu tempat,

mengetahui janji temu anda dan melibatkan diri dalam rangkaian sosial.
Telefon Android™ sentiasa berkembang. Apabila versi perisian baru tersedia dan telefon

anda menyokong perisian baru ini, anda boleh mengemas kini telefon anda untuk

mendapatkan ciri-ciri baru dan peningkatan yang terkini.

Telefon Android™ anda telah dipramuatkan dengan perkhidmatan Google™. Untuk mendapat

sepenuh manfaat daripada perkhidmatan Google™ yang disediakan, anda hendaklah

mempunyai akaun Google™ dan mendaftar masuk apabila anda memulakan telefon anda

buat kali pertamanya. Anda juga perlu mempunyai akses Internet untuk menggunakan banyak

ciri dalam Android™.

Keluaran perisian baru mungkin tidak serasi dengan semua telefon.