Sony Xperia L - Teknologi wayarles Bluetooth™‎

background image

Teknologi wayarles Bluetooth™

Gunakan fungsi Bluetooth™ untuk menghantar fail ke peranti serasi Bluetooth™ yang

lain atau untuk bersambung ke aksesori bebas tangan. Hidupkan fungsi Bluetooth™

pada peranti anda dan buat sambungan wayarles ke peranti serasi Bluetooth™ yang lain

seperti komputer, aksesori bebas tangan dan telefon. Sambungan Bluetooth™ berfungsi

dengan lebih baik apabila berada dalam lingkungan jarak 10 meter (33 kaki), tanpa objek

padu di antaranya. Dalam sesetengah kes, anda perlu menjadikan peranti Bluetooth™

lain pasangan peranti anda secara manual.

Keupayaan saling boleh kendali dan keserasian antara pelbagai peranti Bluetooth™ adalah

berbeza-beza.

Untuk menghidupkan fungsi Bluetooth™ dan menjadikan peranti anda boleh

dilihat

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan.

3

Ketik suis hidup-mati di sebelah Bluetooth untuk menghidupkan fungsi

Bluetooth™.

4

Ketik Bluetooth. Peranti anda dan senarai peranti Bluetooth™ yang tersedia

kelihatan.

5

Ketik nama peranti anda untuk membuatkan peranti anda boleh dilihat oleh

peranti Bluetooth™ lain.

Untuk melaraskan masa keterlihatan peranti anda kepada peranti Bluetooth™ lain

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Bluetooth.

3

Tekan dan pilih Habis masa kebolehlihatan.

4

Pilih pilihan.

Menamakan peranti anda

Anda boleh memberikan peranti anda nama. Nama ini ditunjukkan ke peranti lain selepas

anda menghidupkan fungsi Bluetooth™ dan peranti anda ditetapkan pada boleh dilihat.

Untuk memberi nama kepada peranti anda

1

Pastikan fungsi Bluetooth™ dihidupkan.

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik Tetapan > Bluetooth.

4

Tekan dan pilih Namakan semula telefon.

5

Masukkan nama untuk peranti anda.

6

Ketik Namakan semula.

Berpasangan dengan peranti Bluetooth™ yang lain

Apabila anda menjadikan peranti anda pasangan peranti lain, anda boleh, sebagai

contoh, menyambung peranti anda ke headset Bluetooth™ atau kit kereta Bluetooth™

dan menggunakan peranti lain ini untuk membuat dan menerima panggilan.
Sebaik sahaja anda peranti anda sudah berpasangan dengan peranti Bluetooth™,

peranti anda akan mengingati pasangan ini. Apabila menjadikan peranti anda pasangan

dengan peranti Bluetooth™, anda perlu memasukkan kod laluan. Peranti anda akan

mencuba kod laluan generik 0000 secara automatik. Jika ia tidak berfungsi, rujuk pada

panduan pengguna untuk peranti Bluetooth™ anda bagi mendapatkan kod laluan

97

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

peranti. Anda tidak perlu memasukkan semula kod laluan pada kali berikutnya anda

menyambung ke pasangan peranti Bluetooth™.
Sesetengah peranti Bluetooth™, sebagai contoh, kebanyakan headset Bluetooth™,

menghendaki anda membuat pasangan dan juga menyambung dengan peranti lain.
Anda boleh menjadikan peranti anda pasangan beberapa peranti Bluetooth™ tetapi

anda hanya boleh menyambung ke satu profil Bluetooth™ pada satu-satu masa.

Untuk memasangkan peranti anda dengan peranti Bluetooth™ lain

1

Pastikan peranti yang anda mahu pasangkan dengan peranti anda telah

mengaktifkan fungsi Bluetooth™ dan boleh dilihat oleh peranti Bluetooth™ lain.

2

Dari Skrin utama, ketik .

3

Cari dan ketik Tetapan > Bluetooth. Semua peranti Bluetooth™ yang tersedia

kelihatan dalam senarai.

4

Ketik peranti Bluetooth™ yang anda ingin pasangkan dengan peranti anda.

5

Masukkan kod laluan, jika perlu atau sahkan kod laluan yang sama pada kedua-

dua peranti. Peranti anda dan peranti Bluetooth™ kini berpasangan.

Untuk menyambungkan peranti anda ke peranti Bluetooth™ lain

1

Jika anda menyambungkan ke peranti Bluetooth yang memerlukan anda untuk

memasangkan peranti anda terlebih dahulu sebelum menyambung, ikuti langkah

berkaitan untuk memasangkan peranti anda dengan peranti itu.

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik Tetapan > Bluetooth.

4

Ketik peranti Bluetooth™ yang anda mahu sambungkan ke peranti anda.

Untuk menceraikan peranti Bluetooth

®

1

Seret bar status ke bawah, kemudian ketik .

2

Cari dan ketik Bluetooth.

3

Di bawah Peranti pasangan, ketik bersebelahan nama peranti yang anda ingin

ceraikan.

4

Ketik Buang pasangan.

Menghantar dan menerima item menggunakan teknologi Bluetooth™

Kongsi item dengan peranti serasi Bluetooth™ lain seperti telefon atau komputer. Anda

boleh menghantar dan menerima beberapa jenis item menggunakan fungsi Bluetooth™

seperti:

Foto dan video

Muzik dan fail audio lain

Kenalan

Halaman web

Untuk menghantar item menggunakan Bluetooth

®

1

Peranti menerima: Pastikan fungsi Bluetooth

®

dihidupkan dan bahawa peranti

tersebut boleh dilihat oleh peranti Bluetooth

®

yang lain.

2

Peranti menghantar: Buka aplikasi yang mengandungi item yang anda mahu

hantar dan tatal ke item.

3

Bergantung pada aplikasi dan item yang anda hendak hantar, anda mungkin

perlu, contohnya, menyentuh terus item, buka item dan tekan . Cara lain untuk

menghantar item mungkin wujud.

4

Pilih Bluetooth.

5

Hidupkan Bluetooth

®

jika anda diminta melakukannya.

6

Ketik nama peranti yang menerima.

7

Peranti menerima: Jika diminta, terima sambungan tersebut.

8

Peranti menghantar: Jika ditanya, sahkan pemindahan ke peranti yang

menerima.

9

Peranti menerima: Terima item masuk.

98

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menerima item menggunakan Bluetooth™

1

Pastikan fungsi Bluetooth™ dihidupkan dan boleh dilihat oleh peranti Bluetooth™

yang lain.

2

Peranti penghantaran sekarang mula menghantar data ke peranti anda.

3

Jika digesa, masukkan kod laluan yang sama pada kedua-dua peranti atau

sahkan kod laluan yang disyorkan.

4

Apabila anda diberitahu mengenai fail masuk ke peranti anda, seret bar status ke

arah bawah dan ketik pemberitahuan untuk menerima pemindahan fail.

5

Ketik Terima untuk memulakan pemindahan fail.

6

Untuk melihat perkembangan pemindahan, seret bar status ke arah bawah.

7

Untuk membuka item yang diterima, seret bar status ke bawah dan ketik

pemberitahuan yang relevan.

Untuk melihat fail yang anda terima menggunakan Bluetooth™

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan >Bluetooth.

3

Tekan dan pilih Tunjukkan fail yang diterima.