Pencerminan skrin
Gunakan Pencerminan skrin untuk menunjukkan skrin peranti anda di TV atau paparan
besar yang lain tanpa menggunakan sambungan kabel. Teknologi Wi-Fi Direct™
mewujudkan sambungan wayarles antara dua peranti tersebut oleh itu, anda boleh
berehat dan menikmati foto kegemaran anda dari kerusi rehat anda. Anda juga boleh
menggunakan ciri ini untuk mendengar muzik daripada telefon anda melalui speaker TV.
TV anda harus menyokong pencerminan skrin berdasarkan pada Wi-Fi CERTIFIED Miracast™
untuk menjadikan kefungsian yang diterangkan di atas berfungsi. Jika TV anda tidak
menyokong pencerminan skrin, anda perlu membeli penyesuai paparan wayarles secara
berasingan.
Semasa menggunakan pencerminan skrin, kualiti imej kadang kala mengalami impak negatif
jika terdapat gangguan daripada rangkaian Wi-Fi® lain.
Untuk mencerminkan skrin peranti anda pada skrin TV
1
Ikut arahan dalam Panduan pengguna untuk TV anda bagi menghidupkan fungsi
pencerminan skrin.
2
Seret bar status ke bawah, kemudian ketik .
3
Cari dan ketik Paparan >Pencerminan skrin.
4
Ketik Hidupkan Pencerminan skrin dan pilih peranti.
Apabila menggunakan pencerminan skrin, jangan tutup kawasan antena Wi-Fi peranti anda.
101
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.