NFC
Gunakan Komunikasi Berdekatan Medan (NFC) untuk berkongsi data dengan peranti lain
seperti video, foto, alamat laman web, fail muzik atau kenalan. Anda juga boleh
menggunakan NFC untuk mengimbas tag yang memberikan anda maklumat lanjut
mengenai produk atau perkhidmatan serta tag yang mengaktifkan fungsi tertentu pada
peranti anda.
NFC adalah teknologi wayarles dengan julat maksimum satu sentimeter, maka, peranti
untuk perkongsian data perlu diletakkan dengan rapat. Sebelum anda boleh
menggunakan NFC, anda harus menghidupkan fungsi NFC terlebih dahulu dan skrin
peranti harus diaktifkan.
NFC mungkin tidak tersedia di semua negara dan/atau rantau.
Untuk menghidupkan fungsi NFC
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik Tetapan> Lagi….
3
Tandakan kotak semak NFC.
Kawasan pengesanan NFC
Lokasi kawasan pengesanan NFC tidak sama pada semua peranti. Apabila berkongsi data
dengan peranti lain menggunakan NFC, rujuk kepada Panduan pengguna peranti lain untuk
mendapatkan maklumat lanjut.
Untuk berkongsi kenalan dengan peranti lain menggunakan NFC
1
Pastikan kedua-dua peranti telah menghidupkan fungsi NFC dan kedua-dua skrin
aktif.
2
Untuk melihat kenalan, pergi ke Skrin utama anda, ketik , kemudian ketik .
3
Ketik kenalan yang anda ingin berkongsi.
4
Pegang peranti anda dan peranti penerima saling membelakangkan supaya
kawasan pengesanan NFC setiap peranti saling bersentuhan. Apabila peranti
bersambung, ia akan bergetar dan memainkan bunyi pendek. Imej kecil kenalan
kelihatan.
5
Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.
6
Apabila pemindahan selesai, maklumat kenalan dipaparkan pada skrin peranti
penerima dan juga disimpan pada peranti penerima.
95
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk berkongsi fail muzik dengan peranti lain menggunakan NFC
1
Pastikan bahawa peranti anda dan peranti penerima menghidupkan fungsi NFC
dan kedua-dua skrin aktif.
2
Untuk membuka aplikasi "WALKMAN™", ketik , kemudian cari dan ketik .
3
Pilih kategori muzik dan semak imbas ke trek yang anda mahu kongsi.
4
Ketik trek untuk memainkannya. Kemudian, anda boleh mengetik untuk
menjeda trek. Pemindahan berfungsi sama ada trek dimainkan ataupun dijeda.
5
Pegang peranti anda dan peranti penerima sebelah-menyebelah supaya kawasan
pengesanan NFC peranti saling bersentuhan. Apabila peranti bersambung, ia
akan bergetar dan memainkan bunyi pendek. Imej kecil trek kelihatan.
6
Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.
7
Apabila pemindahan selesai, fail muzik dimainkan serta-merta pada peranti
penerima. Pada masa yang sama, fail disimpan dalam peranti penerima.
Anda mungkin tidak dapat menyalin, menghantar atau memindahkan item yang dilindungi hak
cipta.
Untuk berkongsi foto atau video dengan peranti lain menggunakan NFC
1
Pastikan kedua-dua peranti telah menghidupkan fungsi NFC dan kedua-dua skrin
aktif.
2
Untuk melihat foto dan video di dalam peranti anda, pergi ke Skrin utama anda,
ketik , kemudian cari dan ketik Album .
3
Ketik foto atau video yang ingin anda kongsikan.
4
Pegang peranti anda dan peranti penerima saling membelakangkan supaya
kawasan pengesanan NFC saling bersentuhan. Apabila peranti bersambung, ia
akan bergetar dan memainkan bunyi pendek. Imej kecil foto atau video kelihatan.
5
Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.
6
Apabila pemindahan selesai, foto atau video dipaparkan pada skrin peranti
penerima. Pada masa yang sama, item disimpan dalam peranti penerima.
Anda juga boleh menggunakan NFC untuk berkongsi video daripada aplikasi Filem.
Untuk berkongsi alamat web dengan peranti lain menggunakan NFC
1
Pastikan kedua-dua peranti telah menghidupkan fungsi NFC dan kedua-dua skrin
aktif.
2
Dari Skrin utama anda, ketik .
3
Untuk membuka penyemak imbas web, cari dan ketik .
4
Muatkan laman web yang anda mahu kongsikan.
5
Pegang peranti anda dan peranti penerima saling membelakangkan supaya
kawasan pengesanan NFC saling bersentuhan. Apabila peranti bersambung, ia
akan bergetar dan memainkan bunyi pendek. Imej kecil laman web kelihatan.
6
Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.
7
Apabila pemindahan selesai, laman web dipaparkan pada skrin peranti penerima.
Mengimbas tag NFC
Peranti anda boleh mengimbas pelbagai jenis tag NFC. Sebagai contoh, ia boleh
mengimbas tag dibenam pada poster, pada iklan papan iklan atau bersebelahan produk
dalam kedai runcit. Anda boleh menerima maklumat tambahan, seperti alamat web atau
nombor telefon.
Untuk mengimbas tag NFC
1
Pastikan peranti anda telah menghidupkan fungsi NFC dan skrin aktif.
2
Letakkan peranti anda pada tag supaya kawasan pengesanan NFC
menyentuhnya. Peranti anda mengimbas tag dan memaparkan kandungan yang
dikumpulkan. Ketik kandungan tag untuk membukanya.
3
Untuk membuka tag, ketiknya.
96
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Menyambung ke peranti serasi NFC
Anda boleh menyambung peranti anda kepada peranti serasi NFC lain yang dikeluarkan
oleh Sony, seperti speaker atau fon kepala. Semasa mewujudkan jenis sambungan ini,
rujuk kepada Panduan pengguna peranti yang serasi untuk maklumat lanjut.
Anda mungkin perlu mengaktifkan Wi-Fi® atau Bluetooth™ pada kedua-dua peranti agar
sambungan berfungsi.