Mengimbas kod bar dengan aplikasi NeoReader™
Perihal mengimbas dengan aplikasi NeoReader™
Gunakan telefon anda sebagai pengimbas kod bar untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai item yang anda imbas. Contohnya, anda lihat sehelai kot dalam iklan majalah
dan mahu mencari saluran runcit terdekat untuk membelinya. Jika iklan mengandungi
kod bar yang boleh dibaca, aplikasi NeoReader™ menggunakan kod ini untuk
mengakses kandungan web mudah alih, seperti halaman web dengan lebih banyak
maklumat produk atau peta saluran runcit berdekatan. NeoReader™ menyokong
kebanyakan jenis kod bar standard.
Untuk memulakan aplikasi NeoReader™
1
Dari Skrin utama, ketik .
2
Dapatkan dan ketik NeoReader™.
Untuk mengimbas kod bar
1
Apabila aplikasi NeoReader™ dibuka, pegang peranti anda atas kod bar sehingga
keseluruhan kod bar kelihatan dalam pemidang tilik.
2
Peranti anda mengimbas kod bar secara automatik dan bergetar semasa kod bar
dikenal pasti.
Untuk memasukkan kod bar secara manual
1
Apabila aplikasi NeoReader™ dibuka, ketik
.
2
Masukkan nombor kod bar dalam medan teks, kemudian ketik GO!.
Gambaran keseluruhan menu aplikasi NeoReader™
Pilihan menu berikut tersedia dalam aplikasi NeoReader™:
Ketik untuk membuka lebih banyak pilihan
Masukkan nombor kod bar secara manual. Pilihan ini boleh digunakan jika kamera anda menghadapi
kesukaran membaca kod bar
Lihat senarai kod bar yang telah diimbas sebelumnya
Lihat maklumat mengenai aplikasi NeoReader™. Baca selanjutnya mengenai pelbagai jenis kod bar
dan cara untuk menggunakan NeoReader™
Pilih tetapan peribadi anda, seperti bahasa atau negara. Maklumat ini digunakan untuk
memperibadikan kandungan kod bar. Anda juga boleh memilih keutamaan cara anda menggunakan
aplikasi NeoReader™
Hantar mesej teks untuk menjemput rakan untuk memuat turun aplikasi NeoReader™