Sony Xperia L - Memindahkan kenalan ke peranti baru anda

background image

Memindahkan kenalan ke peranti baru anda

Terdapat beberapa cara untuk memindahkan kenalan ke peranti baru anda. Pilih kaedah

pemindahan yang paling sesuai dengan situasi anda.

Memindahkan kenalan menggunakan komputer

Xperia™ Transfer dan Persediaan Kenalan ialah aplikasi dalam PC Companion dan

aplikasi Sony™ Bridge for Mac yang membantu anda mengumpulkan kenalan daripada

peranti lama anda dan memindahkannya ke peranti baru anda. Aplikasi ini menyokong

beberapa jenama peranti termasuk iPhone, Samsung, HTC, BlackBerry, LG, Motorola

dan Nokia.

Anda memerlukan:

Komputer yang disambungkan ke Internet.

Kabel USB untuk peranti lama anda.

Kabel USB untuk peranti Android™ baru anda.

Peranti lama anda.

Peranti Android™ baru anda.

Menggunakan program PC Companion untuk memindahkan kenalan

Sekiranya anda memindahkan kenalan menggunakan PC, gunakan program PC

Companion. Ia percuma dan fail pemasangan telah pun disimpan pada peranti baru

anda. PC Companion juga menawarkan pelbagai ciri lain termasuk bantuan untuk

mengemas kini perisian peranti anda.

Untuk memasang PC Companion

1

Peranti baru: Hidupkan peranti Android™ baru anda dan sambungkannya ke PC

menggunakan kabel USB.

2

Peranti baru: Ketik Pasang untuk memasang PC Companion pada PC.

3

Komputer: Jika tetingkap pop timbul muncul untuk memberitahu anda tentang

perisian PC tersedia, pilih Run Startme.exe.

4

Komputer: Klik Pasang untuk memulakan pemasangan dan kemudian ikut arahan

untuk menyelesaikan pemasangan.

Untuk memindahkan kenalan ke peranti baru anda menggunakan PC Companion

1

Pastikan bahawa PC Companion dipasangkan pada PC anda.

2

Buka program PC Companion pada PC, kemudian klik Pindahan Xperia™ atau

Persediaan Kenalan dan ikut arahan untuk memindahkan kenalan anda.

Memindahkan kenalan menggunakan komputer Apple® Mac®

Untuk arahan terperinci mengenai cara untuk menggunakan komputer Apple Mac untuk

memindahkan kenalan daripada peranti lama anda, pergi ke Transfer your contacts.

43

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Memindahkan kenalan menggunakan akaun penyelarasan

Peranti anda berfungsi dengan akaun penyelarasan dalam talian yang popular seperti
Google Sync™, Microsoft

®

Exchange ActiveSync

®

atau Facebook™. Jika anda telah

menyelaraskan kenalan dalam peranti lama anda atau komputer anda dengan akaun

dalam talian, anda boleh memindahkan kenalan anda ke peranti baru anda

menggunakan akaun tersebut. Untuk mendapatkan maklumat terperinci yang lebih lanjut

mengenai penyelarasan, lihat Menyelaras e-mel korporat, kalendar dan kenalan anda

pada halaman 104.

Untuk menyelaras kenalan ke peranti baru anda menggunakan akaun

penyelarasan

1

Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian ketik .

2

Ketik , kemudian ketik Tetapan > Akaun & penyegerakan.

3

Pilih akaun yang anda ingin selaraskan dengan kenalan anda, kemudian ketik >

Selaraskan sekarang.

Anda perlu didaftar masuk ke akaun penyelarasan yang berkaitan sebelum anda boleh

selaraskan kenalan anda dengannya.

Memindahkan kenalan dari kad SIM

Untuk mengimport kenalan dari kad SIM

1

Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian ketik .

2

Tekan , kemudian ketik Import kenalan > Kad SIM.

3

Jika anda telah menyediakan akaun penyelarasan, anda boleh memilih untuk

menambah kenalan kad SIM di bawah akaun itu. Atau anda boleh memilih untuk

hanya menggunakan kenalan ini pada peranti anda. Pilih pilihan yang anda

mahukan.

4

Untuk mengimport kenalan individu, cari dan ketik kenalan. Untuk mengimport

semua kenalan, ketik Import semua.

Memindahkan kenalan dari kad memori

Untuk mengimport kenalan daripada kad ingatan

1

Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian ketik .

2

Tekan , kemudian ketik Import kenalan > Kad SD.

3

Pilih tempat untuk menyimpan kenalan anda.

4

Pilih fail yang anda ingin import.

Menerima kenalan dari peranti lain

Untuk menerima data kenalan yang dihantar menggunakan teknologi Bluetooth™

1

Pastikan anda menghidupkan fungsi Bluetooth™ dan peranti anda ditetapkan

kepada boleh dilihat. Jika tidak, maka anda tidak boleh menerima data daripada

peranti lain.

2

Apabila anda diminta untuk mengesahkan sama ada anda hendak menerima fail,

ketik Terima.

3

Seret ke bawah panel Pemberitahuan dan ketik fail yang anda terima untuk

mengimport data kenalan.

Untuk menerima kenalan yang dihantar menggunakan perkhidmatan pemesejan

1

Apabila anda menerima mesej teks baru, mesej multimedia atau mesej e-mel,

buka mesej.

2

Data kenalan yang diterima muncul sebagai lampiran vCard. Ketuk, sentuh dan

tahan fail vCard untuk membuka menu supaya anda boleh menyimpan data

kenalan.

44

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.