Sony Xperia L - Menggunakan tetapan kamera pegun

background image

Menggunakan tetapan kamera pegun

Untuk melaraskan tetapan kamera pegun

1

Aktifkan kamera.

2

Untuk memaparkan semua tetapan, ketik .

3

Pilih tetapan anda anda mahu laraskan, kemudian sunting seperti yang diingini.

Untuk menyuaikan panel tetapan kamera pegun

1

Apabila kamera terbuka, ketik untuk memaparkan semua tetapan.

2

Sentuh dan tahan tetapan yang anda hendak alih dan seretnya ke kedudukan

yang dikehendaki.

Jika anda menyeret tetapan di luar panel tetapan, perubahan dibatalkan.

Gambaran keseluruhan tetapan kamera pegun

Biasa

Laras tetapan kamera secara manual.

Letus

Gunakan Mod letus untuk menangkap beberapa foto secara berturutan dengan cepat dengan terus

menekan pada butang pengatup. Anda boleh memilih antara tiga kelajuan letus yang dilengkapi

dengan tahap resolusi yang berbeza, iaitu saiz gambar yang berlainan.

Kamera depan

Pilih kamera depan jika anda mahu mengambil foto potret diri.

69

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Kesan gambar

Gunakan kesan pada foto.

Pemilihan pemandangan

Gunakan jenis pemandangan yang telah sedia diprogramkan untuk menetapkan dengan pantas

kamera untuk situasi biasa.

Pengecaman pemandangan

Kamera menentukan pemandangan mana yang paling sesuai. Ikon dan teks pemandangan kelihatan

apabila pemandangan dipilih.

Sapuan Panorama

Gunakan tetapan ini untuk mengambil foto panoramik sudut luas. Cuma tekan kekunci kamera dan

gerakkan kamera dengan stabil dari satu bahagian ke bahagian yang lain.

Resolusi

Pilih antara beberapa saiz gambar dan nisbah bidang sebelum mengambil foto. Foto

dengan resolusi yang lebih tinggi memerlukan ingatan yang lebih banyak.

3264×2448(4:3)

Saiz gambar 8 mega piksel dengan nisbah bidang 4:3. Sesuai untuk foto yang anda ingin lihat pada

paparan bukan skrin lebar atau cetak dalam resolusi tinggi.

3104×1746(16:9)

Saiz gambar 5 mega piksel dengan nisbah bidang 4:3. Sesuai untuk foto yang anda ingin lihat pada

paparan bukan skrin lebar atau cetak dalam resolusi tinggi.

1632×1224(4:3)

Saiz gambar 2 mega piksel dengan nisbah bidang 4:3. Sesuai untuk foto yang anda ingin lihat pada

paparan bukan skrin lebar.

1920×1080(16:9)

Saiz gambar 2 mega piksel dengan nisbah bidang 16:9. Sesuai untuk foto yang anda ingin lihat pada

paparan skrin lebar.

640×480(4:3)

Format VGA dengan nisbah bidang 4:3.

Denyar

Gunakan denyar untuk mengambil foto semasa keadaan pencahayaan tidak terang atau

apabila terdapat cahaya latar.

Auto

Kamera menentukan secara automatik sama ada keadaan pencahayaan memerlukan penggunaan

denyar atau tidak.

Hidupkan flash

Gunakan tetapan ini apabila latar belakang lebih cerah daripada subjek. Ini dapat menghapuskan

bayangan gelap yang tidak diingini.

Matikan

Denyar dimatikan. Kadangkala, kualiti foto boleh menjadi lebih baik tanpa denyar, walaupun, jika

keadaan pencahayaan lemah. Mengambil foto yang baik tanpa menggunakan denyar memerlukan

tangan yang stabil. Gunakan pemasa kendiri untuk mengelakkan foto yang kabur.

Pengurangan 'red eye'

Mengurangkan warna merah mata semasa mengambil foto.

Pemasa diri

Dengan pemasa diri anda boleh mengambil foto tanpa memegang peranti. Gunakan

fungsi ini untuk mengambil potret diri atau foto kumpulan di mana semua orang boleh

berada dalam foto tersebut. Anda juga boleh menggunakan pemasa diri untuk

mengelakkan daripada kamera bergegar semasa mengambil foto.

Hidup (10 s.)

Tetapkan tundaan 10 saat dari masa anda mengetik skrin kamera sehingga foto diambil.

Hidup (2 s.)

Tetapkan tundaan 2 saat dari masa anda mengetik skrin kamera sehingga foto diambil.

70

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Matikan

Foto diambil sebaik sahaja anda mengetik skrin kamera.

Smile Shutter™

Gunakan fungsi pengatup untuk menentukan jenis senyuman bagaimana yang kamera

bertindak balas sebelum mengambil foto.

Kelajuan letus

Gunakan Mod tangkapan kelajuan letus untuk menangkap beberapa foto secara

berturutan dengan cepat dengan terus menekan pada butang pengatup. Anda boleh

memilih antara tiga kelajuan letus yang dilengkapi dengan tahap resolusi yang berbeza,

iaitu saiz gambar yang berlainan.

Pelancar pantas

Gunakan tetapan Pelancar pantas untuk melancarkan kamera dari skrin kunci. Jika

peranti berada dalam mod tidur kamera, tekan kekunci kamera.

Lancar dan tangkap

Dengan menekan terus kekunci kamera, foto pertama ditangkap dengan serta-merta selepas kamera

dilancarkan daripada mod tidur.

Lancar sahaja (kamera pegun)

Dengan menekan dan menahan kekunci kamera, kamera yang pegun dilancarkan daripada mod tidur.

Lancar dan rakam video

Dengan menekan dan menahan kekunci kamera, video pertama ditangkap dengan serta-merta selepas

kamera video dilancarkan daripada mod tidur.

Lancar sahaja (kamera video)

Dengan menekan dan menahan kekunci kamera, kamera video dilancarkan daripada mod tidur.

Matikan

Mod fokus

Fungsi fokus mengawal bahagian foto yang harus ditajamkan. Apabila autofokus

berterusan dihidupkan, kamera sentiasa melaraskan fokus supaya kawasan dalam

bingkai fokus kuning kekal tajam.

Fokus auto tunggal

Kamera memfokus secara automatik pada subjek yang dipilih. Autofokus berterusan dihidupkan. Sentuh

terus skrin kamera sehingga bingkai fokus kuning bertukar menjadi biru, yang menunjukkan fokus sudah

ditetapkan. Foto diambil apabila anda melepaskan jari anda.

Pengecaman muka

Kamera mengecam sehingga lima muka manusia secara automatik, ditunjukkan oleh bingkai pada skrin.

Kamera memberi fokus secara automatik pada muka terdekat. Anda juga boleh memilih muka mana

yang hendak difokuskan dengan mengetiknya pada skrin. Apabila anda mengetik skrin kamera, bingkai

biru menunjukkan muka mana yang dipilih dan berada dalam fokus. Pengecaman muka tidak boleh

digunakan untuk semua jenis pemandangan. Autofokus berterusan dihidupkan.

Fokus sentuh

Sentuh kawasan tertentu pada skrin kamera untuk menetapkan kawasan yang difokuskan. Autofokus

berterusan dimatikan. Sentuh terus skrin kamera sehingga bingkai fokus kuning bertukar menjadi biru,

yang menunjukkan fokus sudah ditetapkan. Foto diambil apabila anda melepaskan jari anda.

Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan Biasa.

Nilai dedahan

Tentukan jumlah cahaya dalam foto yang anda ingin ambil. Nilai yang lebih tinggi menunjukkan jumlah

cahaya bertambah.

Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan Biasa.

71

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

HDR

Gunakan tetapan HDR (High Dynamic Range/Julat Dinamik Tinggi) untuk mengambil foto

bertentangan cahaya belakang yang kuat atau dalam keadaan apabila kontras tajam.

HDR memberi pampasan di atas kehilangan butiran dan menghasilkan gambar yang

mewakili kawasan gelap dan juga cerah.

Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan Biasa.

Imbangan putih

Tetapan imbangan putih melaraskan keseimbangan warna menurut keadaan

pencahayaan.

Auto

Melaraskan keseimbangan warna secara automatik agar disesuaikan kepada keadaan pencahayaan.

Pijar

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan pencahayaan hangat, seperti di bawah mentol lampu.

Pendarfluor

Melaraskan keseimbangan warna untuk pencahayaan pendarfluor.

Cahaya siang

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan luar yang cerah.

Mendung

Melaraskan kesimbangan warna untuk langit mendung.

Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan Biasa.

ISO

Anda boleh mengurangkan kekaburan imej yang disebabkan oleh keadaan gelap atau

subjek yang bergerak dengan meningkatkan kesensitifan ISO.

Auto

Menetapkan kesensitifan ISO secara automatik.

100

Menetapkan kesensitifan ISO kepada 100.

200

Menetapkan kesensitifan ISO kepada 200.

400

Menetapkan kesensitifan ISO kepada 400.

800

Menetapkan kesensitifan ISO kepada 800.

Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan Biasa.

Permeteran

Fungsi ini menentukan secara automatik dedahan seimbang dengan mengukur jumlah

cahaya yang memancar pada imej yang anda ingin tangkap.

Tengah

Melaraskan dedahan ke bahagian tengah imej.

Purata

Mengira dedahan berdasarkan jumlah cahaya yang memancar pada seluruh imej.

Titik

Melaraskan dedahan dalam bahagian imej yang paling kecil yang anda ingin tangkap.

Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan Biasa.

72

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Penstabil imej

Semasa mengambil foto, memegang peranti dengan stabil boleh menjadi sukar.

Penstabil membantu anda dengan mengimbangi pergerakan kecil tangan.

Geoteg

Teg foto dengan butiran tempat anda mengambilnya.

Hidupkan

Apabila geoteg dihidupkan, lokasi anggaran geografi ditambah pada foto apabila anda mengambilnya.

Untuk menggunakan geoteg, anda mesti mendayakan ciri lokasi daripada menu Tetapan. Untuk geoteg

ditambah pada foto, lokasi perlu ditentukan sebelum anda mengambil gambar. Lokasi anda ditentukan

apabila kelihatan pada skrin kamera. Apabila peranti anda mencari kedudukan anda, kelihatan.

Matikan

Apabila geoteg dimatikan, anda tidak boleh melihat lokasi tempat anda mengambil foto.

Tangkap sentuh

Kenal pasti kawasan fokus tertentu dengan menyentuh skrin kamera dengan jari anda.

Foto diambil sebaik sahaja anda melepaskan jari anda. Tetapan ini hanya tersedia

apabila mod fokus ditetapkan kepada fokus sentuh.

Hidupkan

Matikan

Bunyi pengatup

Pilih untuk menghidupkan atau mematikan bunyi pengatup apabila anda merakam video.

Storan data

Anda boleh memilih untuk menyimpan data anda sama ada pada kad SD yang boleh

ditanggalkan atau pada storan dalaman peranti anda.

Storan dalaman

Foto atau video disimpan pada ingatan peranti.

Kad SD

Foto atau video disimpan pada kad SD.