Sony Xperia L - Menggunakan kamera video

background image

Menggunakan kamera video

Untuk merakam video menggunakan kekunci kamera

1

Aktifkan kamera.

2

Untuk mula merakam video, tekan kekunci kamera.

3

Untuk menghentikan rakaman, tekan kekunci kamera semula.

Rakam video anda dalam orientasi landskap untuk mendapatkan keputusan terbaik.

Untuk merakam video dengan mengetuk skrin

1

Aktifkan kamera.

2

Halakan kamera ke arah subjek.

3

Ketik untuk mula merakam.

4

Ketik untuk menghentikan rakaman.

Rakam video anda dalam orientasi landskap untuk mendapatkan keputusan terbaik.

73

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk memainkan rakaman video

1

Aktifkan kamera.

2

Ketik imej kecil pada bahagian atas sebelah kanan skrin.

3

Kuis ke kiri atau ke kanan untuk menyemak imbas semua fail foto dan video.

Video ditandakan dengan .

4

Ketik untuk memainkan video.

5

Untuk berhenti memainkan video, ketik atau .

Untuk memadamkan video yang dirakam

1

Semak imbas video yang anda mahu padamkan.

2

Ketik bahagian kosong skrin untuk menjadikan kelihatan.

3

Ketik .

4

Ketik OK untuk mengesahkan.

Menggunakan tetapan kamera video

Untuk melaraskan tetapan kamera video

1

Aktifkan kamera.

2

Ketik salah satu daripada ikon tetapan pada skrin.

3

Untuk memaparkan semua tetapan, ketik .

4

Pilih tetapan yang hendak dilaraskan, kemudian lakukan perubahan anda.

Untuk menyuaikan panel tetapan kamera video

1

Apabila kamera video terbuka, ketik untuk memaparkan semua tetapan.

2

Sentuh dan tahan tetapan yang anda ingin alihkan, kemudian, seret ia ke

kedudukan yang diinginkan.

Jika anda menyeret tetapan di luar panel tetapan, perubahan dibatalkan.

Gambaran keseluruhan tetapan kamera video

Pemandangan

Ciri Pemandangan membantu anda untuk menyediakan kamera dengan pantas bagi

situasi biasa menggunakan pemandangan yang dipraprogram. Kamera menentukan

beberapa tetapan untuk anda padankan dengan pemandangan yang dipilih, memastikan

video sebaik mungkin dihasilkan.

Matikan

Ciri Pemandangan dimatikan dan anda boleh mengambil video secara manual.

Tangkapan lembut

Gunakan video tangkapan bertentangan latar belakang lembur.

Landskap

Gunakan untuk video lanskap. Kamera memfokuskan pada objek yang jauh.

Malam

Apabila dihidupkan, kepekaan cahaya akan bertambah. Gunakan dalam persekitaran yang tidak terang.

Video objek yang bergerak pantas mungkin menjadi kabur. Tetapkan tangan anda atau gunakan

sokongan. Matikan mod malam apabila keadaan pencahayaan adalah baik, untuk memperbaik kualiti

video.

Pantai dan salji

Gunakan dalam persekitaran cerah untuk mengelakkan video yang kurang pendedahan.

Sukan

Gunakan untuk video objek bergerak pantas. Masa dedahan yang singkat meminimumkan pengaburan

pergerakan.

Parti

Gunakan untuk video dalam rumah dalam persekitaran yang tidak terang. Pemandangan ini menangkap

pencahayaan latar dalam bangunan atau cahaya lilin. Video objek yang bergerak pantas mungkin

menjadi kabur. Tetapkan tangan anda atau gunakan sokongan.

74

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Resolusi video

Laraskan resolusi video untuk format yang berbeza.

1280×720(16:9)

Format HD (Definisi Tinggi) dengan nisbah bidang 16:9. 1280

ラ720 piksel.

864×480(9:5)

Format FWVGA dengan nisbah bidang 9:5.

640×480(4:3)

Format VGA dengan nisbah bidang 4:3.

320×240(4:3)

Format QVGA dengan nisbah bidang 4:3.

176×144(11:9)

Gunakan format ini untuk merakam video yang anda boleh hantarkan kepada rakan melalui

MMS. Masa rakaman untuk format ini dihadkan supaya fail video boleh dimuatkan dalam

mesej multimedia.

Photo light

Gunakan cahaya untuk merakam video semasa keadaan pencahayaan kurang

memuaskan atau apabila terdapat cahaya latar.

Hidupkan

Matikan

Kadang kala kualiti video boleh menjadi lebih baik tanpa cahaya, walaupun keadaan pencahayaan

kurang memuaskan.

Pemasa diri

Dengan pemasa diri anda boleh merakam video tanpa memegang peranti. Gunakannya

untuk merakam video kumpulan di mana semua orang boleh berada dalam video

tersebut. Anda juga boleh menggunakan pemasa diri untuk mengelakkan kamera

bergoyang semasa merakam video.

Hidup (10 s.)

Tetapkan tundaan 10 saat dari masa anda mengetik skrin kamera sehingga video mula merakam.

Hidup (2 s.)

Tetapkan tundaan 2 saat dari masa anda mengetik skrin kamera sehingga video mula merakam.

Matikan

Video mula merakam sebaik sahaja anda mengetik skrin kamera.

Pelancar pantas

Gunakan tetapan Pelancar pantas untuk melancarkan kamera dari skrin kunci. Jika

peranti berada dalam mod tidur kamera, tekan kekunci kamera.

Lancar dan tangkap

Dengan menekan terus kekunci kamera, foto pertama ditangkap dengan serta-merta selepas kamera

dilancarkan daripada mod tidur.

Lancar sahaja (kamera pegun)

Dengan menekan dan menahan kekunci kamera, kamera yang pegun dilancarkan daripada mod tidur.

Lancar dan rakam video

Dengan menekan dan menahan kekunci kamera, video pertama ditangkap dengan serta-merta selepas

kamera video dilancarkan daripada mod tidur.

Lancar sahaja (kamera video)

Dengan menekan dan menahan kekunci kamera, kamera video dilancarkan daripada mod tidur.

Matikan

75

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Mod fokus

Tetapan fokus mengawal bahagian mana pada video yang sepatutnya tajam. Apabila

fokus auto berterusan dihidupkan, kamera sentiasa melaraskan fokus supaya kawasan

dalam bingkai fokus putih masih jelas.

Fokus auto tunggal

Kamera memfokus secara automatik pada subjek yang dipilih. Fokus auto berterusan dihidupkan.

Pengecaman muka

Kamera mengecam sehingga lima wajah manusia secara automatik, ditunjukkan oleh bingkai pada

skrin. Kamera memberi fokus secara automatik pada wajah terdekat. Anda juga boleh memilih wajah

mana yang hendak difokuskan dengan mengetiknya pada skrin. Apabila anda mengetik skrin kamera,

bingkai hijau menunjukkan wajah mana yang dipilih dan berada dalam fokus. Pengecaman muka tidak

boleh digunakan untuk semua jenis pemandangan. Fokus auto berterusan dihidupkan.

Nilai dedahan

Tetapan ini membolehkan anda menentukan jumlah cahaya dalam imej yang anda tangkap. Nilai yang

lebih tinggi menunjukkan jumlah cahaya bertambah.

Imbangan putih

Tetapan imbangan putih melaraskan keseimbangan warna menurut keadaan

pencahayaan.

Auto

Laras keseimbangan warna secara automatik kepada keadaan pencahayaan.

Pijar

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan pencahayaan hangat, seperti di bawah mentol lampu.

Pendarfluor

Laras keseimbangan warna untuk pencahayaan berpendarfluor.

Cahaya siang

Laras keseimbangan warna untuk keadaan luar yang cerah.

Mendung

Laras keseimbangan warna untuk langit mendung.

Permeteran

Fungsi ini menentukan secara automatik dedahan seimbang dengan mengukur jumlah

cahaya yang memancar pada imej yang anda ingin tangkap.

Tengah

Laraskan dedahan ke tengah imej.

Purata

Kira dedahan berdasarkan jumlah cahaya yang memancar pada keseluruhan imej.

Titik

Laras dedahan dalam sebahagian kecil daripada imej yang anda ingin tangkap.

Penstabil imej

Apabila merakam video, memegang peranti dengan stabil boleh menjadi sukar. Penstabil

membantu anda dengan mengimbangi pergerakan kecil tangan.

Geoteg

Teg foto dengan butiran tempat anda mengambilnya.

Hidupkan

Apabila geoteg dihidupkan, lokasi anggaran geografi ditambah pada foto apabila anda mengambilnya.

Untuk menggunakan geoteg, anda mesti mendayakan ciri lokasi daripada menu Tetapan. Untuk geoteg

ditambah pada foto, lokasi perlu ditentukan sebelum anda mengambil gambar. Lokasi anda ditentukan

apabila kelihatan pada skrin kamera. Apabila peranti anda mencari kedudukan anda, kelihatan.

76

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Matikan

Apabila geoteg dimatikan, anda tidak boleh melihat lokasi tempat anda mengambil foto.

Mikrofon

Pilih sama ada hendak menangkap bunyi sekeliling ketika merakam video.

Tangkap sentuh

Kenal pasti kawasan fokus tertentu dengan menyentuh skrin kamera dengan jari anda.

Foto diambil sebaik sahaja anda melepaskan jari anda. Tetapan ini hanya tersedia

apabila mod fokus ditetapkan kepada fokus sentuh.

Hidupkan

Matikan

Bunyi pengatup

Pilih untuk menghidupkan atau mematikan bunyi pengatup apabila anda merakam video.

Storan data

Anda boleh memilih untuk menyimpan data anda sama ada pada kad SD yang boleh

ditanggalkan atau pada storan dalaman peranti anda.

Storan dalaman

Foto atau video disimpan pada ingatan peranti.

Kad SD

Foto atau video disimpan pada kad SD.

77

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.