Sony Xperia L - Menggunakan kamera pegun

background image

Menggunakan kamera pegun

Terdapat tiga cara untuk mengambil foto dengan kamera pegun. Anda boleh menekan

kekunci kamera, mengetik butang kamera pada skrin atau menyentuh titik pada skrin.

Untuk mengambil foto menggunakan kekunci kamera

1

Aktifkan kamera.

2

Tekan kekunci kamera sepenuhnya ke bawah.

Untuk mengambil foto dengan mengetik butang kamera pada paparan

1

Aktifkan kamera.

2

Halakan kamera ke arah subjek.

3

Ketik butang kamera pada paparan . Foto diambil sebaik sahaja anda

melepaskan jari anda.

67

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk mengambil potret diri menggunakan kamera depan

1

Aktifkan kamera.

2

Ketik ikon di bahagian atas sebelah kiri skrin, kemudian cari dan pilih Kamera

depan.

3

Untuk mengambil foto, tekan kekunci kamera. Foto diambil sebaik sahaja anda

melepaskan jari anda.

Untuk menggunakan fungsi zum

Apabila kamera dibuka, tekan kekunci kelantangan ke atas atau bawah untuk

mengezum masuk atau keluar.

Untuk menggunakan denyar kamera pegun

1

Apabila kamera terbuka, ketik .

2

Ketik Flash dan pilih tetapan denyar yang anda mahukan.

3

Ambil foto.

Untuk melihat foto dan video anda

1

Buka kamera, kemudian ketik imej kecil di bahagian atas sebelah kanan skrin

untuk membuka foto atau video.

2

Kuis ke kiri atau kanan untuk melihat foto dan video anda. Video ditandakan

dengan .

Untuk memadamkan foto

1

Buka foto yang anda mahu padamkan.

2

Ketik bahagian kosong skrin untuk menjadikan kelihatan.

3

Ketik .

4

Ketik Padam untuk mengesahkan.