Mengenai kamera
Kamera dalam peranti anda dilengkapi dengan sensor Exmor R yang sangat sensitif,
yang membantu anda menangkap foto dan video yang jelas walaupun dalam keadaan
cahaya malap. Dari kamera, anda boleh menghantar foto dan video anda kepada rakan
sebagai mesej, contohnya, atau memuat naik foto dan video itu ke perkhidmatan web.
Peranti anda juga mempunyai kamera depan, yang berguna untuk mengambil potret diri.
Gambaran keseluruhan kawalan kamera
1
Zum masuk atau zum keluar
2
Skrin utama kamera
3
Kekunci kamera – Aktifkan kamera/Ambil foto/Rakam video
4
Lihat foto dan video
5
Ambil foto atau rakam klip video
6
Undur selangkah atau keluar dari kamera
7
Beralih antara kamera depan dan kamera utama
8
Ikon tetapan kamera
9
Kamera depan
Untuk membuka kamera
•
Apabila skrin aktif, tekan dan tahan kekunci kamera ke bawah.
Untuk menutup kamera
•
Tekan dari skrin kamera utama.