Sony Xperia L - Senarai main

background image

Senarai main

Pada skrin utama WALKMAN, anda boleh mewujudkan senarai main anda sendiri

daripada muzik yang disimpan pada peranti anda.

58

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk mewujudkan senarai main anda sendiri

1

Buka skrin utama WALKMAN.

2

Untuk menambah artis, album atau lagu pada senarai main, sentuh terus nama

artis atau tajuk album atau lagu.

3

Dalam menu yang terbuka, ketik Tambah pada > Wujudkn snarai main baru.

4

Masukkan nama untuk senarai main dan ketik OK.

Anda boleh juga ketik seni album dan kemudian ketik untuk mewujudkan senarai main

baru.

Untuk menambah lagu pada senarai main

1

Buka skrin utama WALKMAN.

2

Semak imbas ke lagu atau album yang anda ingin tambahkan pada senarai main,

kemudian sentuh terus tajuk lagu atau album.

3

Ketik Tambah pada.

4

Ketik nama senarai main mana yang anda ingin tambah album atau lagu. Album

atau lagu ditambah pada senarai main.

Untuk memainkan senarai main anda sendiri

1

Buka skrin utama WALKMAN, kemudian ketik Senarai main.

2

Di bawah Senarai main, ketik senarai main.

3

Ketik lagu untuk memainkannya.

Untuk mengalih keluar lagu daripada senarai main

1

Dalam senarai main, sentuh terus tajuk lagu yang anda hendak padam.

2

Ketik Padamkn drpd senarai main daripada senarai yang muncul.

Untuk memadam senarai main

1

Buka skrin utama WALKMAN, kemudian ketik Senarai main.

2

Sentuh terus senarai main yang anda ingin padamkan.

3

Ketik Padam.

4

Ketik Padam sekali lagi untuk sahkan.

Anda tidak boleh memadam senarai main lalai.