Sony Xperia L - Album foto

background image

Album foto

Tab Album saya dalam aplikasi Album mengumpul semua album foto anda, termasuk

album foto dan video yang diambil dengan kamera serta kandungan yang anda kongsi

secara dalam talian melalui perkhidmatan seperti PlayMemories, Picasa dan Facebook.

Sebaik sahaja anda dilog masuk ke perkhidmatan sedemikian, anda boleh mengurus

kandungan, memberi komen pada foto dan video dan melihat komen daripada rakan.

Daripada aplikasi Album, anda juga boleh menambah geoteg pada foto, melaksanakan

tugas menyunting asas dan menggunakan kaedah seperti teknologi wayarles

Bluetooth®, e-mel dan pemesejan untuk berkongsi kandungan.

81

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

1

Lihat foto dan video menggunakan perkhidmatan dalam talian PlayMemories

2

Lihat foto dan video pada Facebook™

3

Lihat foto dan video dalam Picasa™

4

Lihat foto menggunakan perkhidmatan dalam talian Flickr™

5

Lihat semua foto dan video yang diambil dengan kamera peranti anda

6

Lihat semua foto dan video yang disimpan ke storan dalaman peranti anda

7

Lihat foto anda dalam mod bumi

8

Lihat foto anda pada peta

9

Lihat semua foto dan video yang disimpan ke kad ingatan boleh alih

10 Lihat semua foto yang mengandungi muka

Perkhidmatan dalam talian PlayMemories tidak tersedia di semua negara/rantau.

Untuk melihat foto daripada perkhidmatan dalam talian dalam Album

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Album >Album saya.

3

Ketik perkhidmatan dalam talian yang diingini.

4

Ketik Sambung. Semua album dalam talian yang tersedia yang telah anda muat

naik ke perkhidmatan itu akan dipaparkan.

5

Ketik mana-mana album untuk melihat kandungannya, kemudian ketik foto dalam

album.

6

Kuis ke kiri untuk melihat foto atau video seterusnya. Kuis ke kanan untuk melihat

foto atau video sebelumnya.

Untuk melihat dan menambah komen pada kandungan album dalam talian

1

Semasa melihat foto daripada album dalam talian, ketik skrin untuk memaparkan

bar alat, kemudian ketik untuk melihat komen.

2

Masukkan komen anda dalam medan input, kemudian ketik Siar.

Untuk "Suka" sesuatu foto atau video pada Facebook™

Semasa melihat foto atau video dari satu daripada album Facebook™, ketik skrin

untuk memaparkan bar alat, kemudian ketik untuk menunjukkan bahawa anda

"Suka" item di Facebook™.